Kontroversi KOAM! Atlet mahukan rombakan dan pembaharuan.

Posted by Tongkat Warden | Posted in , , | Posted on 3:13 PM

Belum pun lg sukan sea melabuhkan tirainya, KOAM telah pun dihambat kontroversi apabila memanggil balik kuartet 4x400m Malaysia yg telah memenangi emas buat negara secara t'gesa2. Masalah semakin m'jd parah bile kuartet emas negara dipanggil sebelum sempat mereka menaiki podium utk merasai dikalungkan emas milik mereka. Ramai pegawai2 sukan dan atlet Malaysia yg b'kampung di Palembang kurg seng dgn tindakan KOAM yg jelas pilih kasih.

Kuartet 4x400m Emas Malaysia

Sebelum kuartet 4x400m emas negara b'lepas ke Palembang, mereka telah pon m'harungi beberapa dugaan dgn beberapa tindakan KOAM cthnya m'gugurkan kuartet 4x400m namun Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan, Datuk Karim Ibrahim telah m'hantarkan rayuan kpd KOAM spy kuartet dihantr juga ke sukan sea. Jelas KOAM spt xmahu menyokong kuartet t'sebut. KOAM tampak lebih gemar memilih jln mudah dgn hanya m'berikn layanan VIP kpd atlet dari kategori A shj. iaitu mereka2 yg b'potensi menyumbgkn emas kpd negara. tindakan ini jelas merugikan negara apabila atlet2 kategori B disisihkn walaupon mereka sbnrnye masih mampu menyumbgkan emas kpd negara jika digilap lagi.

Kuartet negara b'jaya m'buktikan KOAM silap dlm p'hitungn mereka dgn m'hadiahkn emas kpd Malaysia .Antara yang lantang membidas tindak tanduk dan kelemahan KOAM itu ialah atlet olahraga negara, Noraseela Khalid yang menegaskan, rombakan segera perlu dibuat supaya lebih ramai lagi atlet tidak menjadi mangsa.
"Mereka datang lewat tetapi pulang awal kerana KOAM tidak percaya mereka boleh menang pingat. Inikah persatuan yang memperjuangkan nasib atlet? 
"Sepatutnya mereka diberi peluang menerima hadiah dulu, barulah pulang. Ini tidak, dah jadi macam orang pelarian pulak. Di Malaysia ramai lagi telah menjadi mangsa seperti kuartet 4x400m ini. 
"Jadi, bantulah kami melakukan perubahan dalam KOAM sekiranya kita tidak mahu melihat atlet terus menjadi mangsa. Harap presiden KOAM juga dapat membantu," katanya.
Malah beliau juga berang dengan menyatakan bahawa KOAM tidak melakukan apa2 sewaktu beliau mengalami kecederaan. Tiada sebarang perancangan dan latihan serta pertandingan kompetitif buat beliau selepas pulih dari kecederaan. Hanya MSN yg byk m'bantu bg m'harungi saat2 sukar beliau.

Adakah sudah tiba KOAM dirombak? Selepas ini, PSM siap sedia utk dikritik selepas aksi mengecewakan atlet2 sepak takraw Malaysia.

Comments (0)

Post a Comment