There was an error in this gadget

Anak luar nikah, Malaysia diambang keruntuhan moral yang dahsyat!

Posted by Tongkat Warden | Posted in , , | Posted on 4:02 PM

Sepanjang 2008 hingga 2010, Malaysia telah pun m'catatkan 152,182 anak luar nikah atau anak tak sah taraf direkodkan , kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Heng Seai Kie. Ni baru yang direkodkan, belum yang digugurkn, ditanam dan diberikn pd org lain. Angka t'sebut jelas m'gerunkn kerana bilangan akan b'tambah saban tahun.

Kalo nk ikutkan peratusan kelahiran di Malaysia, mmg agak rendah kelahiran anak luar  nikah b'banding bayi normal namun bg admin bukan angka m'jd masalah, selg ada kelahiran anak luar nikah, ia telah pun m'jd barah dalam masyarakat, tak kisah berapa angkanya.


Mengikut kajian pegawai kebajikan masyarakat, antara punca yang menyumbang kepada kelahiran anak luar nikah termasuk pengaruh rakan sebaya, rela melakukan hubungan seks tanpa paksaan dan tidak mempunyai pengetahuan berhubung kesihatan reproduktif dan seksual.

Punca lain adalah kurangnya perhatian ibu bapa, menonton video dan laman web lucah, kurang didikan agama, perasaan ingin mencuba dan diperkosa saudara sendiri.

Antara cara kerajaan m'bendung masalah ini adalah dgn:-

1. Menggubal Dasar dan Pelan Tindakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS) Kebangsaan pada 2009, melancarkan kempen Kami Prihatin pada April 2010, menjalin kerjasama strategik dengan Jabatan Latihan Khidmat Negara bagi mengintegrasi PKRS bermula Julai lalu, menubuhkan enam pusat remaja kafe@TEEN yang memberi maklumat berkaitan isu psikososial dan perkhidmatan Talian Nur 15999.

2. Bagi ibu yang melahirkan anak luar nikah di bawah 16 tahun (yang melakukan hubungan seksual) sama ada secara sukarela atau paksaan, mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dianggap sebagai jenayah rogol dan jika lelaki yang melakukan jenayah itu melebihi 18 tahun, dia boleh disabitkan hukuman penjara antara lima hingga 20 tahun serta sebatan.

Namun walau apa cara pon kaedah digunakan, admin b'harap kerajaan akan kembali kepada al-quran dan hadis dan m'gambil p'dekatan lebih jitu dan b'kesan.

Comments (0)

Post a Comment