Dakwat Kekal Pilihan raya,adakah relevan dan apa hukumnya?

Posted by Tongkat Warden | Posted in , , | Posted on 8:57 AM

Jika anda imbas kembali pada 2008 yg lalu, SPR malaysia telah memansuhkan p'gunaan dakwat kekal seminggu sebelum pilihanraya walaupun pd peringkat awalnya sudh pun dip'setujui oleh sume pihak. Dengan alasan ia akan melanggar perlembagaan (ultra vires) jika menghalang orang mengundi walaupun jarinya telah bertanda. Selain itu dikatakan juga bahawa terdapat laporan dakwat diseludup masuk dari negara jiran Thailand untuk menanda jari orang sebelum mereka mengundi, jadi menghalang mereka menunaikan hak mengundi. Dalam hal ini jelas SPR b'tindk b'dasarkan hipotesis semata2.

Dakwat Kekal
Di Malaysia, dakwat kekal juga dikatakan mampu menghalang penyempurnaan wuduk bagi orang Islam yang memerlukan air wuduk rata ke seluruh bahagian tubuh yang dibasuh. Walaubagaimanapun, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan selepas menguji dakwat tersebut memutuskan bahawa dakwat itu tidak mengandungi bahan-bahan najis yang diharamkan, tidak mendatangkan mudharat kepada kesihatan dan tidak menghalang air untuk sampai ke kulit apabila digunakan

Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 8 Ogos 2007 telah membincangkan Hukum Penggunaan Indelible Ink Dalam Pilihanraya Malaysia. Muzakarah telah memutuskan bahawa berdasarkan penjelasan dan hasil ujikaji yang telah diberikan oleh pakar-pakar dalam bidang kimia serta hujah-hujah dan pandangan ahli-ahli Jawatankuasa, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Indelible Ink tidak mengandungi bahan-bahan najis yang diharamkan oleh syarak, tidak mendatangkan mudharat kepada kesihatan dan tidak menghalang air untuk sampai ke kulit apabila digunakan. Oleh itu penggunaan Indelible Ink adalah dibenarkan oleh syarak kerana ia tidak akan menimbulkan masalah kepada ibadah umat Islam.

Walaubagaimanapun, keputusan Jawatankuasa terhadap kandungan dan tahap ketelapan Indelible Ink ini hanya tertakluk kepada bahan yang sama dengan yang telah diuji oleh pakar-pakar berkenaan sahaja.
Dalam tempoh selepas pilihanraya 2008 hingga ke hari ini boleh dikatakan byk piliharan raya diadakan di Parlimen dan DUN2 di Malaysia namun tiada pun hasrat dan usaha SPR utk m'adakan simulasi @ p'cubaan dakwat kekal. P'nyataan dakwat kekal memerlukan pindaan pada p'lembagaan negara dan memerlukan kelulusan parlimen adalah karut sbb tiada perkara, akta dan undang2 yg m'halang p'gunaan dakwat kekal.

Penggunaan biometrik sememangnya dilihat lebih praktikal namun admin rasa sistem biometrik tidak akan dilaksanakan pada pilihanraya akan datang disebabkan kekangan masa. Alat biometrik perlu dibeli secara tender, penyediaan sistem yg sesuai dan tenaga kerja mahir perlu dilatih menyebabkan SPR tak cukup masa utk melaksanakan sistem biometrik. Lagipun dengan laporan audit negara yg menyaksikan byk penyelewengan pada pembelian barang2 oleh kakitgn awam, baik xpayah guna sbb harga mesti mark up tinggi nnt.

Namun admin setuju jika ada cara lain yg lg praktikal dan selamat dari penindasan yg boleh m'gantikan dakwat kekal ni sbb dakwat kekal masih ada kelemahan t'sendiri.

Comments (0)

Post a Comment