Jom Share..

Syiah Semakin Menular Di Malaysia?

Posted by Tongkat Warden | | Posted on 5:15 PM

0

Pengaruh Syiah Di Malaysia dikatakan semakin menular dan merebak meluas. Baru2 ni tersebar video aktiviti pengikut Syiah di Malaysia. Admin nak tegaskan disini amat penting bagi kita mengenali siapa itu SYIAH. Kenapa anda kena kenal mereka? Sebab mereka berada dikalangan kita, berpakaian seperti kita, makan seperti kita namun akidah mereka jauh tersesat. Mungkin ada diantara dikalangan masyarakat setempat anda berpegang pada fahaman Syiah. Dibawah adalah video aktiviti pengikut Syiah.


Video Pengikut Syiah

Berhati2 dengan mereka, mereka(pengikut Syiah) akan memutar belit fakta dan cuba membuatkan anda percaya mereka berada dipihak yang benar. Mereka kata mereka masih menggunakan al-Quran seperti mana kita namun sebenarnya ada beberapa ayat al-Quran yang mereka telah ubah. Malah mereka juga mengkafirkan sahabat2 Rasulullah.

Paling merisaukan adalah ada guru2 agama dan Ustaz2 yang mengajar di sekolah2 adalah pengikut Syiah. Pihak kerajaan sedang berusaha untuk menjejaki mereka, maka amat penting bagi anda untuk mengambil tahu apa yang telah diajar kepada anak2 anda semua supaya bukan ustaz Syiah yang mengajar anak anda. Ada juga khabar angin yang menyatakan bahawa syiah agak kuat di UKM dan UM. jadi mohon ibubapa pantau anak2 mereka yang masih belajar di universiti tersebut dan pantau juga pelajar2 yang mengikuti program2 anjuran pelajar UKM dan UM.



Tergempar: Kecoh Tawaran Berkahwin Dengan Perempuan Pelarian Syria

Posted by Tongkat Warden | | Posted on 4:29 PM

0

Baru2 ni admin ada terbaca post berkenaan tawaran berkahwin dengan pelarian Syria yang kini kononnya berada di beberapa buah masjid di Kaherah. Berdasarkan sumber yang admin baca, mereka menawarkan perempuan dengan mahar(mas kahwin) 140 USD(lebih kurang RM400),anda boleh mengambil sendiri perempuan Syria tersebut di Kaherah setelah dikahwini. Itulah antara sedikit maklumat yang admin terima.

Mungkin ada diantara yang dah mula berangan2 nak berkahwin dengan perempuan Syria ni. boleh dapat anak muka macam arab. Tapi kat sini nak nasihatkan,jangan terpedaya dengan maklumat yang kita belum pasti. Takut2 ini antara scam@penipuan, penipuan untuk menipu duit anda dan penipuan untuk mengeksploitasi wanita Syria.

Kat sini admin buat dua andaian, pertama ; mungkin terdapat sindiket penipuan yang akan mempergunakan anda untuk ke kaherah dan membawa balik perempuan tersebut, namun anda tidak tahu apa yang akan dibawa bersama dengan anda. Mungkin anda berpotensi dijadikan keldai dadah. kedua; mungkin benar anda akan berkahwin dengan wanita syria tapi bukan dengan rela hati mereka. mungkin mereka dijual oleh sindiket yang bertapak disana.

Admin harap anda semua kaji perkara ni dan jangan terlampau teruja sampai ada yang jadi mangsa. Dibawah adalah video berkenaan luahan hati wanita2 Syria. Mereka memerlukan perlindungan, bukan lelaki yang suka mengeksploitasi mereka.

Video dokumentari perempuan-perempuan Syria dieksploitasi.

MAS sekali lagi akan di'bailout'.selamatkan kroni segera!!!

Posted by Tongkat Warden | | Posted on 12:26 AM

0

Sekali lagi..setelah berkali-kali MAS mengalami kerugian, mereka akan diselamatkan dengan suntikan dana kerajaan menggunakan duit rakyat..sudah tentunya bailout kali ini sekali lagi melibatkan ratusan jutaan ringgit malah mencapai billion ringgit.

Apa yang kami musykilkan adalah, kenapa MAS seperti anak emas kerajaan, seperti mempunyai keistimewaan . Banyak duit,akta dan dana dari kerajaan dilaburkan demi mereka. Jika duit tersebut diberikan kepada rakyat, panggilannya akan bertukar kepada subsidi,wang ihsan, bantuan kerajaan dan sebagainya yang dilihat mempunyai sentimen negatif. Jika wang tersebut digunakan untuk syarikat berkaitan dan berkepentingan, ditukar kepada bailout,membaik pulih syarikat,pelan menyelamat dan sebagainya yang berbunyi tindakan wajar dan relevan.

Bukanlah niat admin untuk mempertikaikan tindakan kerajaan untuk menyelamatkan MAS tetapi sampai bila? Kenapa hanya sebahagian sahaja syarikat tempatan memiliki keistimewaan ini? Diharap kerajaan lebih telus dalam menangani masalah syarikat seperti ini. Jangan disebabkan perkara ini, syarikat lain dari luar negara tidak mahu melabur dan menapak di Malaysia disebabkan pilih kasih oleh kerajaan dan kurangnya persaingan sihat dalam perniagaan.

Berbalik pada isu pelan menyelamatkan MAS, mengikut sumber Malaysiainsider , MAS didakwa mencatat kerugian besar berjumlah RM2.5 Billion bagi tahun 2011. Baru2 ini pula, MAS mengeluarkan kenyataan mereka dapat menyerap kerugian tetapi tidak mencukupi untuk mengatasi kerugian tersebut dan menjadi untung. Mereka juga memberikan cuti selama 2 tahun tanpa gaji kepada mana-mana kakitangan mereka yang sukarela berkorban demi MAS. 


Admin amat risau dengan prestasi syarikat berkaitan kerajaan kerana setakat ini, hanya PETRONAS dan beberapa syarikat sahaja yang betul2 berjaya dalam perniagaan mereka. Diharap dapat dikurangkan pembaziran wang yang sepatutnya dinikmati oleh 28 juta rakyat Malaysia dengan jalan yang betul, bukan untuk beberapa buah syarikat dan orang berkepentingan sahaja.