Isu Fidlot, ikuti soal jawab menteri, pembangkang dan ahli parlimen BN.

Posted by Tongkat Warden | Posted in , , | Posted on 10:40 AM



Perbahasan bermula pada m/s 58 dalam 'hansard' DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KEEMPAT MESYUARAT KETIGA oleh Tuan Khairy Jamaluddin [Rembau]:

KJ (Khairy Jamaluddin)
Laporan Ketua Audit Negara mengenai projek fidlot kebangsaan ataupun National Feedlot Centre. Saya anggap bahawa projek National Feedlot Center sebagai ini satu projek yang amat strategik di negara kita untuk mengurangkan sara diri, dependence sufficiency ataupun meningkatkan lagi self-sufficiency dengan izin, daripada 20%-25% yang ada hingga 40%. Projek ini sebenarnya projek yang penting supaya kita dapat meningkatkan lagi sara diri dan juga mengurangkan kebergantungan kita kepada import dan juga masalah kualiti import.
Isu-isu yang dibangkitkan oleh pihak pembangkang adalah:

KELUASAN TANAH

Pembangkang : 5,000 ekar seperti mana yang dibangkitkan oleh pembangkang berdasarkan kepada policypaper awal yang mungkin ada dalam website Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang tidak dikemaskinikan.

KJ: Sebenarnya yang diberi kepada National Feedlot Center ini 1,500 ekar sahaja.

Menteri:
Tanah sebenarnya 5,000 ekar. Tanah seluas 500 ekar kita bagi kepada Lamberts, 1,500 ekar kita bagi kepada AgroSciences. Bukan kita bagi, disewakan, dipajak oleh kerajaan negeri. Tanah itu kerajaan negeri punya.
Dan 3,000 ekar lagi balance tanah ini diambil balik oleh kerajaan negeri untuk membuat projek-projek pertanian termasuk projek lembu. Jadi tanah yang kita kena terangkan ialah mengenai 1,500 ekar.
Yang 500 ekar ini dia lari sudah. Itu yang dalam audit yang tengok kita pagar jatuh sebab kita sudah belanja berpuluh juta sudah untuk kita hendak memulakan projek ini.

SASARAN
Pembangkang : Gagal sebab tidak menepati sasaran. Sasaran diambil daripada policy paper awal. sasaran adalah 60,000 ekor setahun.
Saifuddin [Machang] :
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sendiri meletakkan kos menternak 9,000 ekor lembu untuk memberikan pulangan keuntungan sebanyak 28% ialah RM6.4 juta. Itu kos kementerian.
NFC ini adalah 22 kali ganda lebih tinggi berasaskan kepada bilangan lembu yang ada di kawasan feedlot hari ini.

Tahun 2008, semakan kita pada rekod kewangan NFC ialah rugi sebanyak RM7 juta. tahun 2009, rugi RM11 juta. Tiada laporan pada tahun 2010 dan tiada laporan pada tahun 2011.
Hasil daripada menternak dan menjual daging ini pada tahun 2009 ialah RM6 juta sahaja yang diperoleh oleh NFC.

Pada tahun 2009, kos purata mengimport, menternak dan menyembelih lembu di NFC ialah bernilai RM4,481 seekor.
NFC rugi tetapi bagi diskaun RM3 juta kepada Real Food Company. Kita lakuan carian pada Real Food Company. Siapa pemegang amanah? Suami Menteri. Anak-anak Menteri. Apa kerjanya? Operate restoran mewah. Apa nama restorannya? Senor Santos, Meatworks dan Brawns.
Menteri dalam kenyataan media menyebut tidak ada laporan audit mengatakan projek ini gagal. Ada tiga perkara. Saya bacakan balik laporan audit yang menyentuh kegagalan projek ini, Tuan Pengerusi.

(i) NFC gagal mewujudkan 310 orang penternak. Stated clearly dengan izin dalam laporan audit;
(ii) kegagalan mengadakan projek biogass; dan
(iii) kegagalan menyediakan atau mengadakan projek bekalan fertilizer.

KJ [Rembau] :

Kita campur dengan Lambert 20,000 ekor, campur pula dengan Ladang Satelit iaitu 186,000 ekor setahun. Kita dapat 206,000 ekor lembu setahun. Dikatakan gagal sebab gagal di bawah National Feedlot Corporation hanya dapat 8,016 ekor tahun lepas
NFC yang dikendalikan oleh syarikat Agro Science ini bermula operasi pada hujung tahun 2008. Maksudnya di pertengahan Rancangan Malaysia Kesembilan. Apabila perkara ini berlaku disebabkan kelewatan pembangunan infrastruktur, pembangunan ladang ataupun persediaan ladang dan sebagainya, penyerahan ladang kepada mereka maka mereka telah minta supaya anggaran ini diubah daripada policy paper awal yang disebutkan 60,000 ekor lembu setahun kepada 8,000 ekor setahun. Perkara ini telah dikaji semula. Kalau tidak silap saya dalam barangkali kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, diubah kepada 8,000 ekor setahun.

Kalau projek ini dilaksanakan pada awal ataupun sebelum Rancangan Malaysia Kesembilan, barulah kita boleh kata projek ini gagal sebab tidak menepati sasaran.
Akan tetapi apabila prasarana, infrastrukturnya tidak siap, ladang ataupun tanahnya tidak diberi, tanah bukan 5,000 ekar tetapi 1,500 ekar sahaja. Mana mungkin kita boleh buat tuduhan bahawa projek ini telah gagal?
Menteri:
Bila kita buka tender terbuka, syarikat yang dapat ini dia lewat siapkan projek tapak. Mungkin juga salah satu sebab Syarikat Lamberts dari Australia ini lari mungkin kerana lambat, lambat siap tapak ini. Lambatnya sampai setahun lebih. Sepatutnya projek ini bermula pada tahun 2007 ataupun 2008 tetapi dia tidak boleh hendak take off lagi sebab rumput semua tidak selesai lagi.

Oleh kerana kelewatan ini, maka Syarikat AgroSciences ini dia telah pun membuat rayuan balik sebab tempoh masa ada lagi lebih kurang tiga tahun dan projek ini lambat hendak take off, dia buat kajian semula, dia akan keluarkan dalam 8,000 ekor menjelang tahun 2011.
Maka Kementerian Kewangan meluluskan, dan setuju untuk 8,000 ekor. Sebab itulah kalau kita baca Laporan Audit, memang sasarannya sampai 8,000 ekor tetapi yang disembelih lebih kurang 5,000 ekor lebih pencapaian daging yang dia patut capai. Maka kita lihat daripada Laporan Audit sendiri telah pun mencapai sasarannya 8,000 ekor.

Untuk mencapai sasaran 266,000 ekor ini, ia bukan sahaja bergantung kepada Syarikat AgroSciences yang dikaitkan dengan Menteri ini. Ada tiga pihak yang kena mainkan peranan. Pertama ialah Syarikat AgroSciences yang sepatutnya mengeluarkan 60,000 ekor. Kemudian kita juga minta syarikat yang terpilih yang kedua iaitu Syarikat Lamberts dari Australia. Dia pun tidak tahan, dia pun lari sudah.
Yang Berhormat Machang kata tiga perkara mengapa tidak buat. Yang Berhormat kita menangguhkan dua benda, tiga benda yang patut kita kena buat. Kita patut buat pertama, abattoir yang standard. Sudah iklan dan kita sudah tender pun, sudah lantik pun kontraktor yang patut buat tetapi kita batalkan dahulu. Sebab ada beberapa masalah yang timbul kerana itu kita sepatutnya buat abattoir. Bila kita tidak buat abattoir yang boleh menyembelih lembu 350 ekor satu hari maka NFC dia sudah mula bela lembu. Dia terpaksa membuat abattoir dia sendiri. Itu sebab abattoir hanya boleh sembelih 100 ekor satu hari. Abattoir kita belum buat dan juga biogas.

Penangguhan pembinaan ini semua diarah oleh Yang Berhormat Perdana Menteri sendiri. Diarah kerana dia suruh tengok balik syarikat ini, tengok balik projek ini. The viability and the business model project. Sebab itu kita lantik UPM Holdings, dilantik oleh MOF untuk menjalankan kajian. viability dan juga business model pada Jun 2009. Bila sudah buat kajian dibentangkan balik hasil kajian ini pada 16 November 2009. Itu pun Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak puas hati lagi, dia suruh kaji lagi. Dia kata kaji balik, dia kata tengok pula daripada segi aspek impak dan pulangan projek kepada kerajaan.
UPM Holdings dilantik semula dan mereka telah pun membuat kajian dan kajian ini telah pun diserahkan kepada Kementerian Kewangan. Jadi, bermakna projek ini kita tidak buat, kita tidak bagi duit semua lagi kerana kita kena menunggu dahulu daripada kajian yang dibuat oleh UPM Holdings...

TENDER

Pembangkang : Projek ini diberi terus
Zuraidah [Ampang]: Kata bukan direct nego tetapi ada enam syarikat tetapi kenapa dua syarikat ini diberikan untuk menjalankan, untuk dipindahkan wang kepada syarikat ini.
KJ [Rembau] : Tetapi kalau tidak silap saya asalnya projek ini diberi kepada dua operator. Yang pertama adalah Syarikat Agro Science yang mengendalikan NFC dan juga satu lagi syarikat NFC, Lambert.
Menteri:
Pertama, projek Fidlot Nasional memang dalam RMKe-9. Kita rancang RMKe-9 bermula tahun 2006, sebab itu kita buat tawaran, buat invitation.
Ada enam syarikat yang dijemput, yang menawarkan diri yang datang meyakinkan jawatankuasa bahawa mereka boleh mencapai sasaran seperti yang disebutkan iaitu 266,000 ekor.
Jadi apabila terpilihnya Syarikat AgroScience yang dikatakan berkaitan dengan Ketua Wanita dan sebagainya, itu bukannya direct nego. Ini yang pertama kena jelas, ia bukan direct nego, ia ada pembentangan.
Bila kita sudah pilih dua syarikat, maka kerajaan telah pun memberikan peruntukan untuk kita membuat prasarana untuk 5,000 ekar ini pada mulanya. Bila kita bagi 5,000 ekar, kita buka tender terbuka. Bila kita buka tender terbuka, syarikat yang dapat ini dia lewat siapkan projek tapak.

LADANG SATELIT

Pembangkang : Syarikat ini perlu membina ataupun membangunkan ladang-ladang Satelit. Ladang-ladang Satelit ini pembiayaannya adalah daripada kerajaan.

KJ [Rembau] :
Ladang yang telah disiapkan adalah 53 dan sudah beroperasi ialah 23. Maknanya Ladang Satelit ini sudah mula bergerak. Sudah mula dibangunkan.
Tanggungjawab ini tanggungjawab bersama bukan hanya NFC tetapi juga pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Dijelaskan tadi oleh Menteri bahawa satellite farm ini adalah tugas kerajaan bukan tugas NFC seperti didakwa oleh pembangkang. Sama juga pembangkang dakwa bekalan makanan feed untuk satellite farm ini tidak dapat disempurnakan oleh NFC buat masa ini. Saya hendak tanya, ini pun perlu juga kepada persetujuan daripada kementerian bukan? Bukan ini hanya tanggungjawab daripada NFC sahaja.
Menteri:
Sasaran pembinaan 310 ladang satelit ini. Yang hendak menyediakan satellite farm ini ialah kerajaan. Dengan kemampuan kita yang ada, dengan peruntukan kita yang ada, maka sekarang ini target kita ada 67 satelit tetapi sekarang ini kita baru siap 53 satelit. Daripada 53 satelit ini, yang ada taker yang ada operasi ada 23 buah. Inibermakna kita ada 30 lagi kosong.
Setiap satelit ini dia mesti menghasilkan 300,000 ekor lembu satu pusingan kalau lembu ini diambil dari Thailand. Bermakna dalam satu tahun, satu satellite farm ini, dia mesti melibatkan tiga pusingan. Bermakna dalam satu tahun, 900 ekor dalam satu satellite farm. Itu kalau diambil lembu dari Thailand.
Jadi saya hendak betulkan fakta bahawa yang mengatakan bahawa National Feedlot ini mesti keluarkan 266,000 melalui AgroSciences, itu tidak tepat, yang 266,000 ini, 310 di dalam tanggungjawab kita sendiri (Kementerian Pertaninan) belum dapat memenuhkan lagi, sebab apa kita tidak boleh 310? Kita sudah siap 53 ini pun 30 masih kosong lagi.
Tugas hendak membuka satellite farm ini kerajaan belanja duit. Kita buat ladang, kita buatkan kandang, kita tanamkan rumput, semua kita sediakan. Hanya yang hendak jadi pemaju kawasan satellitefarm ini dia kena membeli dengan duit dia sendiri 300 ekor lembu.
Masalah kita sekarang ini siapa hendak jadi taker? Taker tidak ada. Yang kata National Feedlot ini, dia sebagai integrator. Kalau ini sudah ada, sudah ada semua ini, kalau 310 ini sudah jalan, maka National Feedlot yang akan membelinya.

LOAN RM250 JUTA

Pembangkang : Keadilan berpendapat jumlah RM250 juta pinjaman yang telah disalurkan kepada NFC bolehlah dikira hangus memandangkan prestasi kewangan NFC yang buruk”. Loan, pinjaman ini telah semua diberi kepada NFC.
Anwar [Permatang Pauh] : Mungkin Yang Berhormat Machang jelaskan, isunya isu RM250 juta petani peladang lain tidak layak, anak menteri sahaja layak, itu isu pokok kita.
Saifuddin [Machang] :
RM250 juta pinjaman mudah daripada kementerian dengan matlamat untuk membekalkan 40% keperluan bekalan daging tempatan. Ini bersamaan dengan 50 ribu tan setahun. NFC juga, kerajaan amanahkan untuk menjadi projek integrator, ia kena asuh 310 orang penternak yang menternak sebulan sebanyak 50 ekor lembu.

Setahun lebih kurang 600 ekor. NFC juga mengambil peranan untuk membekalkan baja organik, makanan ternakan dan rangkaian pemasaran. Saya merujuk kepada jawapan Yang Berhormat Menteri dalam kenyataan media bahawa sehingga hari ini cuma RM6 juta geran dan RM135 juta daripada pinjaman itu yang sampai kepada National Feedlot Corporation. Maknanya jumlah RM141 juta.

Perdana Menteri kata RM181.9 juta, Menteri kata RM141 juta tetapi rekod kewangan syarikat yang kita lakukan carian tertera di sini RM256 juta adalah hutang jangka panjang National Feedlot Corporation.
First loan drawdown pada tahun 2008 ialah RM130 juta masuk Maybank. Pada 31 Mac 2009, second drawdown sebanyak RM120 juta masuk Maybank. Pada 6 Mei 2009, NFC pindahkan sebanyak RM116 juta daripada RM250 juta ke dalam Fixed Deposit Account Public Bank dan ini memberikan keuntungan simpanan tetap kepada NFC berjumlah RM667,000 setahun. Dia simpan. Dia ambil loan, dia simpan fixed deposit lebih untung daripada dia berniaga lembu sebulan. Mampukah membayar hutang?

Dana NFC ini dipindah ke syarikat-syarikat milik keluarga Menteri. Ada dua syarikat bersekutu. Associate companies yang kita lakukan carian daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Yang pertama The National Meat and Livestock Corporation. Pemegang saham utama ialah suami Menteri. Pemegang saham yang lain ialah anak-anak Menteri. [Dewan riuh]. Sangat jelas. Saham itu tertera dalam data carian syarikat. Syarikat ini dormant. Tidak ada kegiatan sejak tahun 2007. Anehnya, The National Meat and Livestock Corporation ini, syarikat dormant, tidak ada aktiviti sejak tahun 2007, bila kita semak rekod kewangan NFC setakat 31 Disember 2009 menunjukkan NFC memberi hutang kepada National Meat and Livestock Corporation sebanyak RM81 juta.

Syarikat tidak ada kegiatan. Tidak ada aktiviti tetapi NFC bagi hutang sebanyak RM81 juta kepada syarikat ini yang principle activities nya ialah memasarkan daging sahaja. Memasarkan daging sahaja. Hutangnya sebanyak RM81 juta.
Syarikat NFC ini, kos lawatannya sahaja ke luar negeri ialah RM827,000. Baik. Audit sebut –Menteri dalam kenyataan media menyebut tidak ada laporan audit mengatakan projek ini gagal. Ada tiga perkara. Saya bacakan balik laporan audit yang menyentuh kegagalan projek ini, Tuan Pengerusi.

(i) NFC gagal mewujudkan 310 orang penternak. Stated clearly dengan izin dalam laporan audit;
(ii) kegagalan mengadakan projek biogass; dan
(iii) kegagalan menyediakan atau mengadakan projek bekalan fertilizer.
Akan tetapi, syarikat yang menjalankan ini hendak kata gagal atau tidak tetapi rekodnya sembelih 1,618 ekor lembu. Ini kalau dibahagi dengan RM250 juta Yang Berhormat Menteri kata untuk period 2008, 2009, tiga tahun ini jumlah lembu yang diternak 8,000. Peruntukan yang dia sudah ambil setakat Mac 2009, RM257 juta. Kos satu ekor lembu ialah RM31,250.

KJ [Rembau] :

Setahu saya loan khas ini masuk dalam akaun dikendalikan oleh Kementerian Kewangan dan perlu persetujuan daripada Jawatankuasa Teknikal setiap kali hendak dibelanjakan dengan akauntabiliti.
Dalam tiga tahun ini mereka telah berjaya untuk mendapat RM70 juta turnover..
Usaha NFC ini bukan semata-mata usaha untuk hanya menternak lembu tetapi mereka ditugaskan untuk membangunkan kontrak farming, untuk menembusi pasaran,

Menteri:
Saya beritahu Yang Berhormat macam mana duit ini kita keluarkan. Duit ini bukan kementerian saya pegang. Duit ini dipegang oleh Kementerian Kewangan.
Kerajaan tengok supaya syarikat dan projek ini berjalan baik, kerajaan luluskan RM250 juta, bank Kementerian Kewangan pegangan. Bila kita hendak bayar? Kita ada jawatankuasa teknikal. Jawatankuasa teknikal ini diketuai oleh Ketua Pengarah JPD kita dan di dalam jawatankuasa ini kita hendak tengok, mereka hendak minta apa? Kalau kata hendak minta buat kandang, kita ada committee hendak tengok justifikasinya. Itu sebablah lambat projek ini siap.

Audit Negara juga telah mengesahkan bahawa duit ini belum lagi dibayar keseluruhannya.
Pinjaman mudah sebanyak RM250 juta hanya baru disalurkan kepada National Corporation sehingga Disember 2010 berjumlah RM134.72 juta dan berbaki RM115.28 juta hanya akan disalurkan apabila kajian viability and business modelproject selesai dilaksanakan oleh UPM. Ini audit cakap. Ini menjejaskan pelaksanaan aktiviti penternakan lembu fidlot oleh NFC.

LAPORAN AUDIT DAN LAPORAN SSM

Pembangkang:
Saifuddin [Machang] :
Kalau sekiranya Laporan Ketua Audit kita hendak pakai, andaikan begitu, saya hendak sebutkan bahawa implikasinya ialah National Feedlot Corporation kena membuat penjelasan. Hutang jangka panjang yang berjumlah RM256 juta itu, yang logiknya ialah RM250 juta, first draw down RM120 juta, 2008. Upon completion of the MoU terus dapat. Second draw down, RM120 juta. Itu masuk dalam akaun Maybank. Sejumlah RM250 juta, ia sebut jelas. Jadi, tertera di sini RM250 juta. Lalu Yang Berhormat sendiri mengesahkan RM6 juta lagi adalah geran. Angka di sini adalah RM256 juta. Mengenai Mei 2009 di mana akaun dipindahkan pula Maybank ke Public Bank dalam fix deposit yang memberikan pulangan RM667 ribu.

KJ [Rembau] :
Duit itu dimasukkan ke dalam satu akaun, special account kerana ini adalah loan khas. Akaun itu adalah di bawah nama National Feedlot Corporation Sdn. Bhd.

Sebab akaun itu di bawah nama NFC, maka dalam akaun tersebut mestilah diletakkan sebagai liabiliti. Akan tetapi masalah seperti Yang Berhormat Menteri cakap tadi, akaun ini ada syarat-syarat tertentu. Akaun ini kalau tidak silap saya, apa Yang Berhormat Menteri sebut tadi, ia macam ‘escrow account’.

Kalau tidak dapat persetujuan daripada Kementerian Kewangan, daripada core signatory yang dalam hal ini adalah Kementerian Kewangan memandangkan Kementerian Kewangan ada golden share dalam NFC, maka duit itu tidak dapat diguna, duit itu tidak dapat ditransfer daripada escrow account, custodial account dengan izin, ke operational account. Operational account itulah akaun yang dapat diguna untuk pelaburan dan untuk kos operasi yang dikendalikan oleh NFC.

Menteri cakap memang betul bahawa jumlah besar RM250 juta itu tidak diberikan sepenuhnya untuk diguna oleh NFC.

Cuma dimasukkan ke dalam escrow account, satu akaun yang mana persetujuannya adalah bukan hanya NFC tetapi satu teknikal komiti yang bernama Authorized Technical Officer Committee yang dikendalikan oleh DVS barulah dengan persetujuan itu MOF boleh meluluskan dana tersebut untuk digunakan oleh NFC.

Yang ada dalam SSM ini oleh kerana account khas yang ditubuhkan dengan Kementerian Kewangan itu sudah pun dapat RM250 juta tetapi bukan untuk operasinya. Itu masih lagi tertakluk kepada persetujuan daripada Kementerian Kewangan dan juga Kementerian Pertanian.

Saya tidak pasti sama ada akaun ini escrow atau pun tidak, tetapi prinsipnya adalah akaun ini tidak boleh diguna untuk operational expenditure, tidak boleh dikeluarkan untuk operasi sehingga dapat persetujuan, ya. Itu seperti konsep escrow.

Menteri:
Laporan Audit Negara mengesahkan bahawa sehingga Disember 2010 – saya ulangi, ini daripada Laporan Audit Negara – sehingga Disember 2010 berjumlah RM134.72 juta dan masih lagi berbaki sebanyak RM115.28 juta.
Laporan SSM mengatakan bahawa Mac 2009, dia kata 31 Mac 2009, dia kata telah pun bayaran kali kedua RM120 juta sedangkan Laporan Audit Negara mengatakan di sini Disember 2010. Ia masih lagi belum berbayar.

Comments (0)

Post a Comment