Banjir pada musim tengkujuh,apa persediaan anda?

Posted by Tongkat Warden | Posted in , , | Posted on 8:46 PM

Dengan musim tengkujuh yg bakal melanda Malaysia tidak lme lagi, apakah p'sediaan anda sume? Diberitakan tengkujuh kali ini akan lebih teruk b'banding sebelumnya kerana Malaysia akan terima taburan hujan sehingga hampir 40% lebih tinggi. Sediakan payung sebelum hujan, pihak kerajaan telah mula mengorak langkah dengan menyiapkan bekalan makanan m'cukupi dan tenaga sukarelawan yg agak ramai serta penyertaan NGO yg sedia m'bantu jika keadaan banjir semakin teruk.


PUTRAJAYA: Lebih 28,000 anggota keselamatan selain polis, tentera dan sukarelawan sudah bersiap sedia menghadapi banjir, termasuk memindah serta membantu kira-kira 1.4 juta mangsa di 5,156 pusat pemindahan di seluruh negara.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga sudah mewujudkan depot bekalan keperluan bencana di lima wilayah dan 477 pangkalan hadapan, lengkap dengan bekalan stok makanan bagi memenuhi keperluan mangsa banjir.
Malah, katanya, semua agensi terbabit sudah diletakkan dalam keadaan bersiap sedia dan semua peralatan seperti bot penyelamat, kenderaan pacuan empat roda, helikopter, pam air dan set jana kuasa elektrik juga diselenggara dengan baik serta disimpan di lokasi strategik bagi memudahkan pergerakan sewaktu banjir.
“Persiapan menghadapi banjir tahun ini lebih baik daripada tahun lalu dan kerajaan sudah bersedia jika banjir berlaku berikutan laporan Jabatan Meteorologi bahawa beberapa negeri di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak dijangka menerima lebihan hujan antara bulan ini hingga Mac 2012.
“Selain itu, jabatan terbabit turut meramalkan fenomena air pasang besar pada 25 Disember dan 23 Januari depan. Jadi, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta pihak berkuasa tempatan (PBT) sudah diminta menyelenggara sungai dan longkang tersumbat khususnya di kawasan berisiko banjir,” katanya kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Persiapan Banjir di sini, semalam.
Hadir sama Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab.
Turut diadakan, majlis pelancaran Portal Banjir MKN yang berperanan sebagai portal maklumat berpusat mengenai situasi banjir untuk memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat ramalan cuaca, amaran paras sungai, jalan ditutup dan pautan kepada agensi berkaitan.
Portal itu boleh dilayari menerusi http://portalbanjir.mkn.gov.my atau www.facebook.com/informasibencana atau www.twitter.com/@portalbanjir.
Apa pun nasihat admin kepada mereka yg duduk ditempat2 yg b'potensi besar utk ditenggelami air, b'siap sedia setiap ms sbb p'ubahan iklim pd ms kini semakin sukar diramal, siapkan diri anda & dengar nasihat pihak b'kuasa yg b'tugas.

Puting Beliung Di Johor Bahru

Comments (0)

Post a Comment