Peguam Bukan Islam Memohon Menjadi Peguam Syarie

Posted by Tongkat Warden | Posted in , | Posted on 1:22 PM

0

Walao..satu perkara lagi yang bakal merubah landskap perundangan dinegara kita ni. Permohonan orang bukan Islam untuk menjadi peguam syarie..ini sangat2 menggugat undang-undang Islam dinegara kita. Dan yang aku pelik gila ni,yang bagi kelulusan adalah hakim melayu. Aku tak tahu nak salahkan sape tapi yang jelas inilah undang-undang yang kita persetujui dan tak tentang langsung. Inilah akibatnya apabila menolak HUDUD.

Undang-undang sivil lebih mengatasi undang-undang Islam dinegara Islam. Aku bukan nak mengajak korang menyokong parti yang memperjuangkan HUDUD, sekadar nak menghasut jek..sokonglah mereka-mereka yang memperjuangkan Islam ATAU berikan desakan kepada pimpinan sekarang untuk membuat kajian berkenaan perlaksanaan hukum HUDUD tu..ni tak..belum lagi buat kajian,dah kata kejamlah..itulah..inilah...dengan gejala sosial dan korang pon tahu budak2 sekarang macam mane,so memang tepat pada masanya untuk melaksanakan hukum HUDUD ni sebab kita dah semakin kembali ke zaman jahiliyah. Orang jahiliyah bunuh bayi perempuan sahaja,kita ni..lelaki pompuan dibunuh..kat bawah ni ada laporan berkaitan isu peguam bukan Islam nak jadi peguam syarie tu. Aku cari kat berita harian ngn metro xde,dok sibuk nak pilihan raya jek..Islam entah ke mane..

BERNAMA

KUALA LUMPUR i - Seorang wanita yang bukan beragama Islam hari ini memperoleh kebenaran dari Mahkamah Tinggi Sivil di sini dalam usaha awalnya menjadi seorang peguam syarie di Wilayah Persekutuan (WP).

Hakim Datuk Mohd. Zawawi Salleh membenarkan Victoria Jayaseele Martin mendapatkan semakan kehakiman untuk satu perintah mandamus (untuk memaksa kerajaan mematuhi perintah mahkamah) bagi mendesak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menerimanya sebagai peguam syarie tanpa mengambil kira beliau bukan orang Islam.

Hakim Mohd. Zawawi membuat keputusan itu di kamar beliau selepas menolak bantahan awal MAIWP.

Victoria, 48, diberi tempoh 14 hari untuk memfailkan permohonan semakan kehakiman tersebut. Tarikh bagi pendengaran kes itu masih belum ditetapkan.

Ini adalah kes pertama di ibu negara apabila seorang peguam bukan Islam diberi kebenaran untuk mencabar keputusan bahawa hanya peguam yang beragama Islam boleh bekerja sebagai peguam syarie di Mahkamah Syariah.

Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, keperluan utama bagi seorang peguam syarie ialah seseorang itu harus seorang Islam.

Victoria yang memperoleh Diploma dalam Undang-Undang dan Amalan Syariah (DSLP) pada 2004 dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mengambil tindakan undang-undang di Mahkamah Sivil selepas permohonannya sebagai peguam syarie ditolak MAIWP melalui jawatankuasa peguam syarie.

Pemohon berkata, melalui sepucuk surat bertarikh 6 April 2006, beliau menghantar permohonan tetapi MAIWP memaklumkan beliau bahawa permohonannya sedang diproses.

Selepas lebih tiga tahun, tiada jawapan daripada MAIWP berhubung permohonannya.

Katanya, melalui sepucuk surat bertarikh 4 Ogos 2009 beliau memohon semula sebagai peguam syarie tetapi MAIWP menerusi jawatankuasa peguam syarie melalui sepucuk surat bertarikh 9 September 2009 menolak permohonannya atas alasan bahawa beliau bukan Islam.

Beliau kemudian memfailkan permohonan kebenaran pada 23 Oktober tahun lalu yang antara lain menuntut perintah untuk membatalkan keputusan MAIWP kerana menolak permohonannya untuk diterima sebagai peguam syarie di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Victoria juga mahukan satu pengisytiharan bahawa Kaedah 10 daripada Rukun Peguam Syarie 1993 yang memberi mandat bahawa orang Islam sahaja boleh diterima sebagai peguam syarie adalah ultra vires (melampaui batasan undang-undang) kepada Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993.

Beliau juga menuntut satu pengisytiharan bahawa di bawah kaedah yang sama, yang memberi mandat bahawa hanya orang Islam diterima sebagai peguam syarie, adalah bertentangan dengan Artikel 8(1), 8(2), 5 dan 10(1) Perlembagaan Persekutuan.

Peguam Kanan Persekutuan, Nadia Hanim Mohd. Tajuddin dari Pejabat Peguam Negara mewakili MAIWP.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Victoria yang gembira dengan keputusan hari ini berkata, beliau mahu menjadi seorang peguam syarie demi kepentingan keadilan.

Peguamnya, Ranjit Singh memberitahu pemberita bahawa hakim menolak hujahan MAIWP bahawa hanya Mahkamah Syariah mempunyai bidang kuasa bagi mendengar permohonan anak guamnya berhubung permohonan menjadi peguam syarie.

Katanya, beliau memaklumkan hakim bahawa mahkamah sivil mempunyai bidang kuasa untuk menangani perkara itu.

Ranjit berkata, hakim juga menolak hujahan MAIWP bahawa jika Victoria tidak berpuas hati dengan keputusan Jawatankuasa Majlis Agama, beliau boleh membuat rayuan dengan majlis itu.

Larangan Keras Ceramah Politik di masjid, surau atau anda di pecat!

Posted by Tongkat Warden | Posted in , , | Posted on 12:35 PM

0

Aku rasa pelik dengan dan hairan isu sebegini masih lagi menjadi modal orang-orang yang berkepentingan untuk memperbesarkan lagi isu. Ni ada sedikit laporan daripada berita harian:

SHAH ALAM: Seramai 15 nazir masjid di Selangor diberi amaran keras kerana mengingkari arahan melarang mana-mana pihak menggunakan masjid di negeri itu sebagai tempat berpolitik.
Sambil melahirkan rasa kesal dengan sikap nazir yang gagal menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohammed Khusrin Munawi, berkata larangan berpolitik itu perlu dipatuhi kerana ia tertakluk mengikut Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor.
Beliau berkata, amaran lebih tegas, termasuk memecat nazir akan dikenakan selepas ini jika mereka terus mengingkari arahan berkenaan.

"Kaedah Tauliah mengikut Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor sudah menyatakan secara jelas melarang semua pihak mengadakan ceramah dalam masjid yang berunsurkan politik, fitnah, menghasut dan menyakiti pihak lain," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang mahu menghadap Sultan Selangor berhubung titah baginda yang melarang penggunaan masjid sebagai tempat politik.

Mohammed Khusrin berkata, Jais sudah meletak papan kenyataan berhubung larangan berpolitik di masjid dan surau di negeri itu.
Antara lain papan kenyataan itu dengan jelas menyebut mana-mana pihak yang mengingkari, melanggar atau mempertikaikan perintah atau arahan Sultan Selangor atas sifatnya sebagai Ketua Agama Islam di Selangor adalah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 12 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995.

Enakmen itu memperuntukkan denda tidak lebih RM3,000 atau hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Di KAJANG, Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Noh Omar merayu Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya tidak melayan permintaan Zaid, yang mahu menghadap baginda bagi menjelaskan maksud artikel Penyelaras Pakatan Rakyat dalam blog peribadinya berhubung larangan Sultan Selangor itu.

“Amat malang, Zaid sebagai seorang peguam hanya tahu mengenai undang-undang sivil, tetapi tidak belajar undang-undang syariah. Zaid perlu tahu di Selangor, titah baginda adalah arahan yang perlu dihormati,” katanya yang turut menyifatkan tindakan Zaid itu biadap.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani memberitahu pemberita demikian selepas mengadakan lawatan kerja ke Pasar Tani Pekan Batu 14, di sini, semalam.

Di KOTA BHARU: Zaid mendakwa beliau tidak membuat sebarang kesilapan kerana tafsiran yang dibuatnya dalam artikel itu mengikut undang-undang negara.

“Justeru, saya tidak perlu minta maaf terhadap pihak istana. Kontroversi timbul disebabkan ada pihak tidak faham perkara itu,” katanya.

Bak kata tok guru,inilah kesan penjajah yang masih kuat ditinggalkan. Fikir-fikirkanlah...

Blok L Dan M pengganti Limbang-Dr Mahathir naik berang

Posted by Tongkat Warden | Posted in , , | Posted on 9:12 AM

0



Baru-baru ni Dr Mahathir agak melenting kerana Blok L dan M yang dulunya diusahakan oleh pihak petronas kini diserahkan kepada kerajaan Brunei. Jadi apa yang menjadi persoalan dalam isu ini? Apa implikasi pada Malaysia dan Brunei? Adakah Malaysia rugi?

Jadi aku ada buat sedikit research berkenaan dengan isu ni. Sebelum korang nak perjuangkan sesuatu,biarlah mempunyai asas yang kukuh. Jadi kat sini ada beberapa informasi berkenaan isu blok L dan M ni:

1. Kehilangan medan minyak Blok L dan M milik Malaysia dan diserahkan kepada kerajaan Brunei berikutan pelaksanaan pertukaran surat antara Malaysia dan Brunei pada 16 Mac, 2009.Maksudnya, perjanjian dijalankan masa Pak Lah memerintah.

2. Perjanjian itu meliputi persetujuan komersial yang membolehkan Malaysia menyertai dan membangunkan bersama sumber minyak dan gas di kawasan itu untuk tempoh 40 tahun. Maksudnya Petronas masih lagi boleh beroperasi tetapi royalti adalah milik kerajaan Brunei.

3.Perjanjian ni mengesahkan sempadan dalam lima sektor yang sudahpun ditetapkan menerusi perjanjian-perjanjian sebelum ini pada 1920, 1931, 1933 (dua perjanjian berasingan) dan 1939. Sektor lain yang belum mempunyai perjanjian sempadan darat,hal sempadan darat akan ditetapkan berdasarkan prinsip aliran air. Apabila urusan persempadan darat selesai, satu sempadan yang muktamad dan kekal akan ditetapkan antara Sarawak di bahagian Malaysia dan Brunei di satu pihak lagi.

4.Simpanan minyak mentah di situ bermutu tinggi , dianggarka sebanyak 1 bilion tong. Potensi hasilnya dianggarkan RM320 bilion.

5.Pada 16 Mac 2009, Bernama melaporkan Abdullah Ahmad Badawi di Bandar Seri Bengawan menyatakan bahawa "Brunei telah secara rasmi menggugurkan tuntutan ke atas Limbang". Pengguguran tuntutan oleh Brunei itu adalah sebahagian daripada Pertukaran Surat-Surat yang dimeterai beliau dengan Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman.

Jadi,bagi aku sememangnya jalan penyelesaian ini adalah berbentuk 'win win situation'. Walaupun Malaysia secara Matematiknya kehilangan RM320 bilion pendapatan,namun hubungan kedua-dua negara lebih daripada nilai tersebut. Macam adik beradik, wang dan harta xkan dapat m'perbaiki hubungan yang keruh. Malah pihak brunei menjemput petronas membangunkan kawasan blok L dan M tersebut disamping melepaskan tuntutan terhadap Limbang. Diharap isu ni xmerenggangkan hubungan 2 hala antara kedua-dua negara. Relax dude, Malaysia ada banyak lagi blok simpanan yang masih belum diterokai.

p/s:Peace no war..=)

Tok Guru Nik Aziz Diugut Bunuh

Posted by Tongkat Warden | Posted in , , | Posted on 6:55 PM

0


Ibarat meletakkan leher dipedang si Algojo,tu lah yang boleh aku katakan kepada seorang lelaki menggunakan nama Mohd Safuan Mohd Hilmi, dimana dia telah mengugut bunuh Tuan guru dilaman sosial,facebook. Aku pelik betul ngan orang2 camni. Mende2 mcm ni bukannya boleh buat main2. Lelaki tu jugak dikatakan sanggup kene hukum gantung kalo dapat bunuh tok guru.

Aku rasa dia ni tak puas hati dengan kes tok guru kasi sound sape2 yang bantah ceramah politik di masjid. Kalo yea pon,tenang2 sudah lah..ni sampai nak bunuh2. Pelik-pelik..bagi aku la kan,khutbah atau ceramah kat masjid tu kita jangan terlampau sempitkan sangat dengan sekadar isu-isu agama je. Kita lebarkan dengan secara menyeluruh sesuai dengan Islam itu sebuah agama syumul,iaitu menyeluruh. Sedangkan nak masuk bilik air pon,kita turut disertakan dengan doa dan tata tertib.

Jadi aku rasa tiba masa kita jangan kongkong lagi peranan masjid dan pelbagaikan gaya penyampaian dan isi kandungan khutbah dan ceramah. Aku bukan ape..bosan tengok masjid jadi tempat hipnosis orang utk tido time khutbah. Tak sume,cume segelintir..bukan aku nak kutuk khatib yang bagi khutbah,tapi tolong la..penyampaian tu biar menarik supaya bukan yang duduk dalam masjid jek..amoi2 ke,apek ke, minachi ke yg terdengar khutbah pon boleh tertarik sama.

Aku ade kenalan bernama Yoga(Seorang hindu),dia ada cakap dia suka dengar khutbah yang menarik dengan sedap sebab dia kata dia suka kalo seseorang tu pandai berceramah dan mengajak ke arah kebaikan. Dan sepertimana yang kita tahu, semua agama mengajak ke arah kebaikan. Jadi, tak mustahil akan terbuka pintu hidayah buat Yoga kalo bentuk penyampaian khutbah bukan lagi sekadar membaca tetapi lebih kepada memahami dan menjiwai.

Macam kat dalam AF tu,kalo xde feel,mesti kene kritik,kan? sebab tu pentingnya khatib menjiwai khutbah yang bakal disampaikan dan teks tu kalo boleh bukan sekadar isu agama semata,biarlah menyeluruh. Oh..pasal kes ugut tok guru tu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Zulkarnain Abdul Rahman,berkata yang kes akan disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah. Padan muke ekau jang..hehehe~