Keputusan UPSR 2011. Yang terbaik sejak 2008.

Posted by Tongkat Warden | Posted in , , | Posted on 12:15 AM

0

Mesti ada dikalangan pembaca yg adik,anak2 atau saudara-mara yg m'duduki UPSR tahun ni. Tadi pagi menyaksikan ramai pelajar yg menangis kegembiraan dan tak kurang juga t'sengih2 senyum2 kambing melihat slip keputusan sendiri. Apa pun, admin menyucapkan tahniah kepada semua pelajar yg telah pun m'duduki UPSR tahun ni.

Pelajar-pelajar meraikan kejayaan
Beberapa fakta menarik bagi keputusan UPSR tahun ni:-

- 485,160 pelajar menduduki UPSR
- 269,021 mendapat minimum C ke atas(tak termasuk yg m'dpt semua A)
- 9.48% atau 46,012 mendapat semua A pada subjek yg diambil.
- 2.88% mendapat D dan ke bawah.

Apa pun, admin harap ibu bapa tidak t'lampau b'kiblatkan kpd keputusan peperiksaan besar semata2. Bimbinglah anak utk m'jd insan tak kira apa keputusan peperiksaannya. tak semesti tak pndai dalam peperiksaan,tak boleh b'jaya dalam hidup.

Keindahan Ciptaan Yang Esa..(Relax dulu-2)

Posted by Tongkat Warden | Posted in , , | Posted on 2:52 PM

0

Pemandangan bumi dari angkasa lepas oleh pihak NASA. Diambil dari IIS.


Dialah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangi pandangan(mu) - dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan? Kemudian ulangilah pandangan(mu) berkali-kali, nescaya pandangan(mu) itu akan berbalik kepadamu dengan hampa (daripada melihat sebarang kecacatan), sedang ia pula berkeadaan lemah lesu (kerana habis tenaga dengan sia-sia). ( Ayat 3 & 4 : Surah al-Mulk )

Bakal guru demonstrasi tuntut penempatan buat mereka

Posted by Tongkat Warden | Posted in , , , | Posted on 1:22 PM

0

UPSI boleh dikatakan 'Kilang Guru Malaysia',dimana Universiti yg menyediakan ijazah2 pendidikan kpd sume graduan mereka, namun sedihnya masalah guru xdpt posting ke mane2 masih kedengaran. Nak dikatakan mereka tak layak, dh ade degree dh pon. Adakah tiada penyelarasan yg jitu oleh dua kementerian menyebabkan graduan2 pendidikan di Malaysia khususnya di UPSI ni xde tempt utk posting.

Admin sendiri m'punyai pengalaman melibatkan 2 org rakan admin yg sorg belajar di maktab p'guruan dan sorg lg di IPTA. apa yg peliknya, belum pun lg rakan yg belajar di maktb p'guruan b'graduasi, beliau sudh pun mula mengajar di sekolah menengah. b'lainan kisah dengan rakan yg belajar di IPTA, beliau baru shj graduate bulan 10 yg lalu,namun sehingga skrg tiada lg panggilan @ posting ke mane2 sekolah. beliau telah pon  tamat belajar sejak tahun lepas lg,bygkanlah hampir setahun di rumah tanpa khidmatnya digunakan, ni merupakan p'baziran dr segi sumber manusia.

Pihak kerajaan pusat perlu m'jd org tengah dalam hal2 spt ni. Jgn la asyik sibuk dgn eksperimen tu dan ini namun kebajikan guru dan bakal2 guru tidak dijaga dengan baik. Kehadiran guru2 sandaran terlatih @ tidak terlatih bg admin perlu utk m'bantu mengisi kekosongn yg ditingglkan oleh guru2 yg b'salin @ sambung belajar namun dimanakah guru2 lepasan IPTA? tidakkah perlu memanggil mereka sbb dr segi kemahiran & kebolehan mereka lebih kehadapan dgn p'dedahan sewaktu berada di universiti dulu.

Baru2 ni, pelajar2 UPSI mengadakan demonstrasi aman bg menuntut posting sebelum mereka graduate. Lihat laporan dibawah:


KUALA LUMPUR, 17 Nov: Mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) semalam sekali lagi mengadakan piket aman menuntut isu 'posting' diselesai segera oleh pihak pentadbiran universiti tersebut.
Piket yang dinamakan 'Posting 2.0' merupakan rentetan daripada isu penempatan graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan keluaran universiti awam yang melanda mahasiswa.
Bercakap kepada Harakahdaily, Setiausaha Legasi Mahasiswa Progresif (LMP), Siti Nurul Piteriah Ab Halim menjelaskan, sehingga hari ini belum ada kenyataan konkrit dari pihak bertanggungjawab bagi menyelesaikan permasalahan mahasiswa pendidikan tersebut.
"Wakil mahasiswa telah mengadakan pertemuan dengan Timbalan Menteri Pelajaran (Datuk Dr Wee Ka Siong) bagi mengetahui kedudukan sebenar serta maklum balas dari pihak kementerian namun sehingga kini kita tidak tahu kedudukan sebenar mahasiswa selepas mereka tamat pengajian di sini," jelasnya sambil menambah pertemuan tersebut dibuat pada 19 November lalu di parlimen.
Tambah Nurul Piteriah lagi Piket Posting 2.0 itu bermula pada jam 1.00 petang, di mana sekumpulan mahasiswa seramai 70 orang telah berarak dari Sudut Pidato ke bangunan Canselori untuk bertemu dengan pengurusan tertinggi univesiti.
"Mereka akhirnya disambut oleh Naib Canselor UPSI, Professor Zakaria Kasa di pejabat beliaunya. Pertemuan antara perwakilan Pro-Mahasiswa UPSI (Legasi Mahasiswa Progresif dan Mahasiswa Pendidik) dilaporkan berlangsung secara sihat dengan pihak universiti yang akhirnya akur dengan tuntutan mahasiswa dan berjanji akan menyelesaikan kemelut ini.
"Pihak universiti juga dikatakan telah menghantar nama-nama graduan yang belum mendapat penempatan untuk diuruskan oleh pihak berwajib," sambungnya.
Beliau memberitahu sebelum ini, mahasiswa tidak berpuas hati dengan sikap universiti yang tidak memberi sebarang maklum balas terhadap  tujuh tuntutan yang diserahkan kepada pihak pentadbir universiti sebelum ini.
Tambahnya, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi (TNCP&I), Dr. Noraini yang menerima tuntutan tersebut sebelum ini telah berjanji akan menyelesaikan isu tersebut tetapi tiada penyelesaian sehinggalah pertemuan pada hari ini.
Sementara itu Koordinator Mahasiswa Pendidik, Mohd Zahar bin Mat Noor memberitahu piket ini bukan mahu buat kacau tetapi cuma mahu penjelasan dari Menteri supaya keresahan dan kepincangan dalam kalangan Graduan ISMP dapat diredakan dan pelajar-pelajar lain dapat meneruskan pelajaran dengan tenang.
Piket tersebut menyaksikan Bangunan Bitarasiswa sekali lagi menjadi medan bagi mahasiswa berhimpun.
Pada 2 November lalu, seramai 5,000 mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan universiti itu telah berhimpun menuntut Kementerian Pelajaran memberi jaminan penempatan sekolah kepada mereka sama seperti Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT).

Diharap lepas ni kerajaan menggunakan sumber tenaga yg telah t'sedia didepan mata b'banding mengambil yg baru sbb kos, masa dan byk p'kara bakal di tanggung lg oleh pihak kerajaan. Ruang bg mereka yg betul2 ingin m'jd pendidik perlu juga dibuka namun biarlah selepas graduan pendidikan m'dpt tempt dan pastikan mereka yg betul2 serius dlm m'jdkan guru sebagai profession & bukan sekadar nk dpt gaji besar dan rasa kemudahan sbg p'jawat awam.

Dakwat Kekal Pilihan raya,adakah relevan dan apa hukumnya?

Posted by Tongkat Warden | Posted in , , | Posted on 8:57 AM

0

Jika anda imbas kembali pada 2008 yg lalu, SPR malaysia telah memansuhkan p'gunaan dakwat kekal seminggu sebelum pilihanraya walaupun pd peringkat awalnya sudh pun dip'setujui oleh sume pihak. Dengan alasan ia akan melanggar perlembagaan (ultra vires) jika menghalang orang mengundi walaupun jarinya telah bertanda. Selain itu dikatakan juga bahawa terdapat laporan dakwat diseludup masuk dari negara jiran Thailand untuk menanda jari orang sebelum mereka mengundi, jadi menghalang mereka menunaikan hak mengundi. Dalam hal ini jelas SPR b'tindk b'dasarkan hipotesis semata2.

Dakwat Kekal
Di Malaysia, dakwat kekal juga dikatakan mampu menghalang penyempurnaan wuduk bagi orang Islam yang memerlukan air wuduk rata ke seluruh bahagian tubuh yang dibasuh. Walaubagaimanapun, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan selepas menguji dakwat tersebut memutuskan bahawa dakwat itu tidak mengandungi bahan-bahan najis yang diharamkan, tidak mendatangkan mudharat kepada kesihatan dan tidak menghalang air untuk sampai ke kulit apabila digunakan

Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 8 Ogos 2007 telah membincangkan Hukum Penggunaan Indelible Ink Dalam Pilihanraya Malaysia. Muzakarah telah memutuskan bahawa berdasarkan penjelasan dan hasil ujikaji yang telah diberikan oleh pakar-pakar dalam bidang kimia serta hujah-hujah dan pandangan ahli-ahli Jawatankuasa, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Indelible Ink tidak mengandungi bahan-bahan najis yang diharamkan oleh syarak, tidak mendatangkan mudharat kepada kesihatan dan tidak menghalang air untuk sampai ke kulit apabila digunakan. Oleh itu penggunaan Indelible Ink adalah dibenarkan oleh syarak kerana ia tidak akan menimbulkan masalah kepada ibadah umat Islam.

Walaubagaimanapun, keputusan Jawatankuasa terhadap kandungan dan tahap ketelapan Indelible Ink ini hanya tertakluk kepada bahan yang sama dengan yang telah diuji oleh pakar-pakar berkenaan sahaja.
Dalam tempoh selepas pilihanraya 2008 hingga ke hari ini boleh dikatakan byk piliharan raya diadakan di Parlimen dan DUN2 di Malaysia namun tiada pun hasrat dan usaha SPR utk m'adakan simulasi @ p'cubaan dakwat kekal. P'nyataan dakwat kekal memerlukan pindaan pada p'lembagaan negara dan memerlukan kelulusan parlimen adalah karut sbb tiada perkara, akta dan undang2 yg m'halang p'gunaan dakwat kekal.

Penggunaan biometrik sememangnya dilihat lebih praktikal namun admin rasa sistem biometrik tidak akan dilaksanakan pada pilihanraya akan datang disebabkan kekangan masa. Alat biometrik perlu dibeli secara tender, penyediaan sistem yg sesuai dan tenaga kerja mahir perlu dilatih menyebabkan SPR tak cukup masa utk melaksanakan sistem biometrik. Lagipun dengan laporan audit negara yg menyaksikan byk penyelewengan pada pembelian barang2 oleh kakitgn awam, baik xpayah guna sbb harga mesti mark up tinggi nnt.

Namun admin setuju jika ada cara lain yg lg praktikal dan selamat dari penindasan yg boleh m'gantikan dakwat kekal ni sbb dakwat kekal masih ada kelemahan t'sendiri.

Banjir pada musim tengkujuh,apa persediaan anda?

Posted by Tongkat Warden | Posted in , , | Posted on 8:46 PM

0

Dengan musim tengkujuh yg bakal melanda Malaysia tidak lme lagi, apakah p'sediaan anda sume? Diberitakan tengkujuh kali ini akan lebih teruk b'banding sebelumnya kerana Malaysia akan terima taburan hujan sehingga hampir 40% lebih tinggi. Sediakan payung sebelum hujan, pihak kerajaan telah mula mengorak langkah dengan menyiapkan bekalan makanan m'cukupi dan tenaga sukarelawan yg agak ramai serta penyertaan NGO yg sedia m'bantu jika keadaan banjir semakin teruk.


PUTRAJAYA: Lebih 28,000 anggota keselamatan selain polis, tentera dan sukarelawan sudah bersiap sedia menghadapi banjir, termasuk memindah serta membantu kira-kira 1.4 juta mangsa di 5,156 pusat pemindahan di seluruh negara.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga sudah mewujudkan depot bekalan keperluan bencana di lima wilayah dan 477 pangkalan hadapan, lengkap dengan bekalan stok makanan bagi memenuhi keperluan mangsa banjir.
Malah, katanya, semua agensi terbabit sudah diletakkan dalam keadaan bersiap sedia dan semua peralatan seperti bot penyelamat, kenderaan pacuan empat roda, helikopter, pam air dan set jana kuasa elektrik juga diselenggara dengan baik serta disimpan di lokasi strategik bagi memudahkan pergerakan sewaktu banjir.
“Persiapan menghadapi banjir tahun ini lebih baik daripada tahun lalu dan kerajaan sudah bersedia jika banjir berlaku berikutan laporan Jabatan Meteorologi bahawa beberapa negeri di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak dijangka menerima lebihan hujan antara bulan ini hingga Mac 2012.
“Selain itu, jabatan terbabit turut meramalkan fenomena air pasang besar pada 25 Disember dan 23 Januari depan. Jadi, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta pihak berkuasa tempatan (PBT) sudah diminta menyelenggara sungai dan longkang tersumbat khususnya di kawasan berisiko banjir,” katanya kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Persiapan Banjir di sini, semalam.
Hadir sama Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab.
Turut diadakan, majlis pelancaran Portal Banjir MKN yang berperanan sebagai portal maklumat berpusat mengenai situasi banjir untuk memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat ramalan cuaca, amaran paras sungai, jalan ditutup dan pautan kepada agensi berkaitan.
Portal itu boleh dilayari menerusi http://portalbanjir.mkn.gov.my atau www.facebook.com/informasibencana atau www.twitter.com/@portalbanjir.
Apa pun nasihat admin kepada mereka yg duduk ditempat2 yg b'potensi besar utk ditenggelami air, b'siap sedia setiap ms sbb p'ubahan iklim pd ms kini semakin sukar diramal, siapkan diri anda & dengar nasihat pihak b'kuasa yg b'tugas.

Puting Beliung Di Johor Bahru

Relax dulu..(1)

Posted by Tongkat Warden | Posted in | Posted on 6:10 PM

0

Mulai sekarang,admin juga akan post2kan gambar2 humor untuk mengurangkan ketegangan urat2 kat otak korg sume dgn m'hilgkn rs tension..hihihi..layan..


Masa itu matematik...zzzz




Paparan masa sesuai untuk kemajuan matematik anak2..


Anak luar nikah, Malaysia diambang keruntuhan moral yang dahsyat!

Posted by Tongkat Warden | Posted in , , | Posted on 4:02 PM

0

Sepanjang 2008 hingga 2010, Malaysia telah pun m'catatkan 152,182 anak luar nikah atau anak tak sah taraf direkodkan , kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Heng Seai Kie. Ni baru yang direkodkan, belum yang digugurkn, ditanam dan diberikn pd org lain. Angka t'sebut jelas m'gerunkn kerana bilangan akan b'tambah saban tahun.

Kalo nk ikutkan peratusan kelahiran di Malaysia, mmg agak rendah kelahiran anak luar  nikah b'banding bayi normal namun bg admin bukan angka m'jd masalah, selg ada kelahiran anak luar nikah, ia telah pun m'jd barah dalam masyarakat, tak kisah berapa angkanya.


Mengikut kajian pegawai kebajikan masyarakat, antara punca yang menyumbang kepada kelahiran anak luar nikah termasuk pengaruh rakan sebaya, rela melakukan hubungan seks tanpa paksaan dan tidak mempunyai pengetahuan berhubung kesihatan reproduktif dan seksual.

Punca lain adalah kurangnya perhatian ibu bapa, menonton video dan laman web lucah, kurang didikan agama, perasaan ingin mencuba dan diperkosa saudara sendiri.

Antara cara kerajaan m'bendung masalah ini adalah dgn:-

1. Menggubal Dasar dan Pelan Tindakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PKRS) Kebangsaan pada 2009, melancarkan kempen Kami Prihatin pada April 2010, menjalin kerjasama strategik dengan Jabatan Latihan Khidmat Negara bagi mengintegrasi PKRS bermula Julai lalu, menubuhkan enam pusat remaja kafe@TEEN yang memberi maklumat berkaitan isu psikososial dan perkhidmatan Talian Nur 15999.

2. Bagi ibu yang melahirkan anak luar nikah di bawah 16 tahun (yang melakukan hubungan seksual) sama ada secara sukarela atau paksaan, mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dianggap sebagai jenayah rogol dan jika lelaki yang melakukan jenayah itu melebihi 18 tahun, dia boleh disabitkan hukuman penjara antara lima hingga 20 tahun serta sebatan.

Namun walau apa cara pon kaedah digunakan, admin b'harap kerajaan akan kembali kepada al-quran dan hadis dan m'gambil p'dekatan lebih jitu dan b'kesan.

Kontroversi KOAM! Atlet mahukan rombakan dan pembaharuan.

Posted by Tongkat Warden | Posted in , , | Posted on 3:13 PM

0

Belum pun lg sukan sea melabuhkan tirainya, KOAM telah pun dihambat kontroversi apabila memanggil balik kuartet 4x400m Malaysia yg telah memenangi emas buat negara secara t'gesa2. Masalah semakin m'jd parah bile kuartet emas negara dipanggil sebelum sempat mereka menaiki podium utk merasai dikalungkan emas milik mereka. Ramai pegawai2 sukan dan atlet Malaysia yg b'kampung di Palembang kurg seng dgn tindakan KOAM yg jelas pilih kasih.

Kuartet 4x400m Emas Malaysia

Sebelum kuartet 4x400m emas negara b'lepas ke Palembang, mereka telah pon m'harungi beberapa dugaan dgn beberapa tindakan KOAM cthnya m'gugurkan kuartet 4x400m namun Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan, Datuk Karim Ibrahim telah m'hantarkan rayuan kpd KOAM spy kuartet dihantr juga ke sukan sea. Jelas KOAM spt xmahu menyokong kuartet t'sebut. KOAM tampak lebih gemar memilih jln mudah dgn hanya m'berikn layanan VIP kpd atlet dari kategori A shj. iaitu mereka2 yg b'potensi menyumbgkn emas kpd negara. tindakan ini jelas merugikan negara apabila atlet2 kategori B disisihkn walaupon mereka sbnrnye masih mampu menyumbgkan emas kpd negara jika digilap lagi.

Kuartet negara b'jaya m'buktikan KOAM silap dlm p'hitungn mereka dgn m'hadiahkn emas kpd Malaysia .Antara yang lantang membidas tindak tanduk dan kelemahan KOAM itu ialah atlet olahraga negara, Noraseela Khalid yang menegaskan, rombakan segera perlu dibuat supaya lebih ramai lagi atlet tidak menjadi mangsa.
"Mereka datang lewat tetapi pulang awal kerana KOAM tidak percaya mereka boleh menang pingat. Inikah persatuan yang memperjuangkan nasib atlet? 
"Sepatutnya mereka diberi peluang menerima hadiah dulu, barulah pulang. Ini tidak, dah jadi macam orang pelarian pulak. Di Malaysia ramai lagi telah menjadi mangsa seperti kuartet 4x400m ini. 
"Jadi, bantulah kami melakukan perubahan dalam KOAM sekiranya kita tidak mahu melihat atlet terus menjadi mangsa. Harap presiden KOAM juga dapat membantu," katanya.
Malah beliau juga berang dengan menyatakan bahawa KOAM tidak melakukan apa2 sewaktu beliau mengalami kecederaan. Tiada sebarang perancangan dan latihan serta pertandingan kompetitif buat beliau selepas pulih dari kecederaan. Hanya MSN yg byk m'bantu bg m'harungi saat2 sukar beliau.

Adakah sudah tiba KOAM dirombak? Selepas ini, PSM siap sedia utk dikritik selepas aksi mengecewakan atlet2 sepak takraw Malaysia.

Isu Fidlot, ikuti soal jawab menteri, pembangkang dan ahli parlimen BN.

Posted by Tongkat Warden | Posted in , , | Posted on 10:40 AM

0



Perbahasan bermula pada m/s 58 dalam 'hansard' DEWAN RAKYAT PARLIMEN KEDUA BELAS PENGGAL KEEMPAT MESYUARAT KETIGA oleh Tuan Khairy Jamaluddin [Rembau]:

KJ (Khairy Jamaluddin)
Laporan Ketua Audit Negara mengenai projek fidlot kebangsaan ataupun National Feedlot Centre. Saya anggap bahawa projek National Feedlot Center sebagai ini satu projek yang amat strategik di negara kita untuk mengurangkan sara diri, dependence sufficiency ataupun meningkatkan lagi self-sufficiency dengan izin, daripada 20%-25% yang ada hingga 40%. Projek ini sebenarnya projek yang penting supaya kita dapat meningkatkan lagi sara diri dan juga mengurangkan kebergantungan kita kepada import dan juga masalah kualiti import.
Isu-isu yang dibangkitkan oleh pihak pembangkang adalah:

KELUASAN TANAH

Pembangkang : 5,000 ekar seperti mana yang dibangkitkan oleh pembangkang berdasarkan kepada policypaper awal yang mungkin ada dalam website Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang tidak dikemaskinikan.

KJ: Sebenarnya yang diberi kepada National Feedlot Center ini 1,500 ekar sahaja.

Menteri:
Tanah sebenarnya 5,000 ekar. Tanah seluas 500 ekar kita bagi kepada Lamberts, 1,500 ekar kita bagi kepada AgroSciences. Bukan kita bagi, disewakan, dipajak oleh kerajaan negeri. Tanah itu kerajaan negeri punya.
Dan 3,000 ekar lagi balance tanah ini diambil balik oleh kerajaan negeri untuk membuat projek-projek pertanian termasuk projek lembu. Jadi tanah yang kita kena terangkan ialah mengenai 1,500 ekar.
Yang 500 ekar ini dia lari sudah. Itu yang dalam audit yang tengok kita pagar jatuh sebab kita sudah belanja berpuluh juta sudah untuk kita hendak memulakan projek ini.

SASARAN
Pembangkang : Gagal sebab tidak menepati sasaran. Sasaran diambil daripada policy paper awal. sasaran adalah 60,000 ekor setahun.
Saifuddin [Machang] :
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sendiri meletakkan kos menternak 9,000 ekor lembu untuk memberikan pulangan keuntungan sebanyak 28% ialah RM6.4 juta. Itu kos kementerian.
NFC ini adalah 22 kali ganda lebih tinggi berasaskan kepada bilangan lembu yang ada di kawasan feedlot hari ini.

Tahun 2008, semakan kita pada rekod kewangan NFC ialah rugi sebanyak RM7 juta. tahun 2009, rugi RM11 juta. Tiada laporan pada tahun 2010 dan tiada laporan pada tahun 2011.
Hasil daripada menternak dan menjual daging ini pada tahun 2009 ialah RM6 juta sahaja yang diperoleh oleh NFC.

Pada tahun 2009, kos purata mengimport, menternak dan menyembelih lembu di NFC ialah bernilai RM4,481 seekor.
NFC rugi tetapi bagi diskaun RM3 juta kepada Real Food Company. Kita lakuan carian pada Real Food Company. Siapa pemegang amanah? Suami Menteri. Anak-anak Menteri. Apa kerjanya? Operate restoran mewah. Apa nama restorannya? Senor Santos, Meatworks dan Brawns.
Menteri dalam kenyataan media menyebut tidak ada laporan audit mengatakan projek ini gagal. Ada tiga perkara. Saya bacakan balik laporan audit yang menyentuh kegagalan projek ini, Tuan Pengerusi.

(i) NFC gagal mewujudkan 310 orang penternak. Stated clearly dengan izin dalam laporan audit;
(ii) kegagalan mengadakan projek biogass; dan
(iii) kegagalan menyediakan atau mengadakan projek bekalan fertilizer.

KJ [Rembau] :

Kita campur dengan Lambert 20,000 ekor, campur pula dengan Ladang Satelit iaitu 186,000 ekor setahun. Kita dapat 206,000 ekor lembu setahun. Dikatakan gagal sebab gagal di bawah National Feedlot Corporation hanya dapat 8,016 ekor tahun lepas
NFC yang dikendalikan oleh syarikat Agro Science ini bermula operasi pada hujung tahun 2008. Maksudnya di pertengahan Rancangan Malaysia Kesembilan. Apabila perkara ini berlaku disebabkan kelewatan pembangunan infrastruktur, pembangunan ladang ataupun persediaan ladang dan sebagainya, penyerahan ladang kepada mereka maka mereka telah minta supaya anggaran ini diubah daripada policy paper awal yang disebutkan 60,000 ekor lembu setahun kepada 8,000 ekor setahun. Perkara ini telah dikaji semula. Kalau tidak silap saya dalam barangkali kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, diubah kepada 8,000 ekor setahun.

Kalau projek ini dilaksanakan pada awal ataupun sebelum Rancangan Malaysia Kesembilan, barulah kita boleh kata projek ini gagal sebab tidak menepati sasaran.
Akan tetapi apabila prasarana, infrastrukturnya tidak siap, ladang ataupun tanahnya tidak diberi, tanah bukan 5,000 ekar tetapi 1,500 ekar sahaja. Mana mungkin kita boleh buat tuduhan bahawa projek ini telah gagal?
Menteri:
Bila kita buka tender terbuka, syarikat yang dapat ini dia lewat siapkan projek tapak. Mungkin juga salah satu sebab Syarikat Lamberts dari Australia ini lari mungkin kerana lambat, lambat siap tapak ini. Lambatnya sampai setahun lebih. Sepatutnya projek ini bermula pada tahun 2007 ataupun 2008 tetapi dia tidak boleh hendak take off lagi sebab rumput semua tidak selesai lagi.

Oleh kerana kelewatan ini, maka Syarikat AgroSciences ini dia telah pun membuat rayuan balik sebab tempoh masa ada lagi lebih kurang tiga tahun dan projek ini lambat hendak take off, dia buat kajian semula, dia akan keluarkan dalam 8,000 ekor menjelang tahun 2011.
Maka Kementerian Kewangan meluluskan, dan setuju untuk 8,000 ekor. Sebab itulah kalau kita baca Laporan Audit, memang sasarannya sampai 8,000 ekor tetapi yang disembelih lebih kurang 5,000 ekor lebih pencapaian daging yang dia patut capai. Maka kita lihat daripada Laporan Audit sendiri telah pun mencapai sasarannya 8,000 ekor.

Untuk mencapai sasaran 266,000 ekor ini, ia bukan sahaja bergantung kepada Syarikat AgroSciences yang dikaitkan dengan Menteri ini. Ada tiga pihak yang kena mainkan peranan. Pertama ialah Syarikat AgroSciences yang sepatutnya mengeluarkan 60,000 ekor. Kemudian kita juga minta syarikat yang terpilih yang kedua iaitu Syarikat Lamberts dari Australia. Dia pun tidak tahan, dia pun lari sudah.
Yang Berhormat Machang kata tiga perkara mengapa tidak buat. Yang Berhormat kita menangguhkan dua benda, tiga benda yang patut kita kena buat. Kita patut buat pertama, abattoir yang standard. Sudah iklan dan kita sudah tender pun, sudah lantik pun kontraktor yang patut buat tetapi kita batalkan dahulu. Sebab ada beberapa masalah yang timbul kerana itu kita sepatutnya buat abattoir. Bila kita tidak buat abattoir yang boleh menyembelih lembu 350 ekor satu hari maka NFC dia sudah mula bela lembu. Dia terpaksa membuat abattoir dia sendiri. Itu sebab abattoir hanya boleh sembelih 100 ekor satu hari. Abattoir kita belum buat dan juga biogas.

Penangguhan pembinaan ini semua diarah oleh Yang Berhormat Perdana Menteri sendiri. Diarah kerana dia suruh tengok balik syarikat ini, tengok balik projek ini. The viability and the business model project. Sebab itu kita lantik UPM Holdings, dilantik oleh MOF untuk menjalankan kajian. viability dan juga business model pada Jun 2009. Bila sudah buat kajian dibentangkan balik hasil kajian ini pada 16 November 2009. Itu pun Yang Amat Berhormat Perdana Menteri tidak puas hati lagi, dia suruh kaji lagi. Dia kata kaji balik, dia kata tengok pula daripada segi aspek impak dan pulangan projek kepada kerajaan.
UPM Holdings dilantik semula dan mereka telah pun membuat kajian dan kajian ini telah pun diserahkan kepada Kementerian Kewangan. Jadi, bermakna projek ini kita tidak buat, kita tidak bagi duit semua lagi kerana kita kena menunggu dahulu daripada kajian yang dibuat oleh UPM Holdings...

TENDER

Pembangkang : Projek ini diberi terus
Zuraidah [Ampang]: Kata bukan direct nego tetapi ada enam syarikat tetapi kenapa dua syarikat ini diberikan untuk menjalankan, untuk dipindahkan wang kepada syarikat ini.
KJ [Rembau] : Tetapi kalau tidak silap saya asalnya projek ini diberi kepada dua operator. Yang pertama adalah Syarikat Agro Science yang mengendalikan NFC dan juga satu lagi syarikat NFC, Lambert.
Menteri:
Pertama, projek Fidlot Nasional memang dalam RMKe-9. Kita rancang RMKe-9 bermula tahun 2006, sebab itu kita buat tawaran, buat invitation.
Ada enam syarikat yang dijemput, yang menawarkan diri yang datang meyakinkan jawatankuasa bahawa mereka boleh mencapai sasaran seperti yang disebutkan iaitu 266,000 ekor.
Jadi apabila terpilihnya Syarikat AgroScience yang dikatakan berkaitan dengan Ketua Wanita dan sebagainya, itu bukannya direct nego. Ini yang pertama kena jelas, ia bukan direct nego, ia ada pembentangan.
Bila kita sudah pilih dua syarikat, maka kerajaan telah pun memberikan peruntukan untuk kita membuat prasarana untuk 5,000 ekar ini pada mulanya. Bila kita bagi 5,000 ekar, kita buka tender terbuka. Bila kita buka tender terbuka, syarikat yang dapat ini dia lewat siapkan projek tapak.

LADANG SATELIT

Pembangkang : Syarikat ini perlu membina ataupun membangunkan ladang-ladang Satelit. Ladang-ladang Satelit ini pembiayaannya adalah daripada kerajaan.

KJ [Rembau] :
Ladang yang telah disiapkan adalah 53 dan sudah beroperasi ialah 23. Maknanya Ladang Satelit ini sudah mula bergerak. Sudah mula dibangunkan.
Tanggungjawab ini tanggungjawab bersama bukan hanya NFC tetapi juga pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Dijelaskan tadi oleh Menteri bahawa satellite farm ini adalah tugas kerajaan bukan tugas NFC seperti didakwa oleh pembangkang. Sama juga pembangkang dakwa bekalan makanan feed untuk satellite farm ini tidak dapat disempurnakan oleh NFC buat masa ini. Saya hendak tanya, ini pun perlu juga kepada persetujuan daripada kementerian bukan? Bukan ini hanya tanggungjawab daripada NFC sahaja.
Menteri:
Sasaran pembinaan 310 ladang satelit ini. Yang hendak menyediakan satellite farm ini ialah kerajaan. Dengan kemampuan kita yang ada, dengan peruntukan kita yang ada, maka sekarang ini target kita ada 67 satelit tetapi sekarang ini kita baru siap 53 satelit. Daripada 53 satelit ini, yang ada taker yang ada operasi ada 23 buah. Inibermakna kita ada 30 lagi kosong.
Setiap satelit ini dia mesti menghasilkan 300,000 ekor lembu satu pusingan kalau lembu ini diambil dari Thailand. Bermakna dalam satu tahun, satu satellite farm ini, dia mesti melibatkan tiga pusingan. Bermakna dalam satu tahun, 900 ekor dalam satu satellite farm. Itu kalau diambil lembu dari Thailand.
Jadi saya hendak betulkan fakta bahawa yang mengatakan bahawa National Feedlot ini mesti keluarkan 266,000 melalui AgroSciences, itu tidak tepat, yang 266,000 ini, 310 di dalam tanggungjawab kita sendiri (Kementerian Pertaninan) belum dapat memenuhkan lagi, sebab apa kita tidak boleh 310? Kita sudah siap 53 ini pun 30 masih kosong lagi.
Tugas hendak membuka satellite farm ini kerajaan belanja duit. Kita buat ladang, kita buatkan kandang, kita tanamkan rumput, semua kita sediakan. Hanya yang hendak jadi pemaju kawasan satellitefarm ini dia kena membeli dengan duit dia sendiri 300 ekor lembu.
Masalah kita sekarang ini siapa hendak jadi taker? Taker tidak ada. Yang kata National Feedlot ini, dia sebagai integrator. Kalau ini sudah ada, sudah ada semua ini, kalau 310 ini sudah jalan, maka National Feedlot yang akan membelinya.

LOAN RM250 JUTA

Pembangkang : Keadilan berpendapat jumlah RM250 juta pinjaman yang telah disalurkan kepada NFC bolehlah dikira hangus memandangkan prestasi kewangan NFC yang buruk”. Loan, pinjaman ini telah semua diberi kepada NFC.
Anwar [Permatang Pauh] : Mungkin Yang Berhormat Machang jelaskan, isunya isu RM250 juta petani peladang lain tidak layak, anak menteri sahaja layak, itu isu pokok kita.
Saifuddin [Machang] :
RM250 juta pinjaman mudah daripada kementerian dengan matlamat untuk membekalkan 40% keperluan bekalan daging tempatan. Ini bersamaan dengan 50 ribu tan setahun. NFC juga, kerajaan amanahkan untuk menjadi projek integrator, ia kena asuh 310 orang penternak yang menternak sebulan sebanyak 50 ekor lembu.

Setahun lebih kurang 600 ekor. NFC juga mengambil peranan untuk membekalkan baja organik, makanan ternakan dan rangkaian pemasaran. Saya merujuk kepada jawapan Yang Berhormat Menteri dalam kenyataan media bahawa sehingga hari ini cuma RM6 juta geran dan RM135 juta daripada pinjaman itu yang sampai kepada National Feedlot Corporation. Maknanya jumlah RM141 juta.

Perdana Menteri kata RM181.9 juta, Menteri kata RM141 juta tetapi rekod kewangan syarikat yang kita lakukan carian tertera di sini RM256 juta adalah hutang jangka panjang National Feedlot Corporation.
First loan drawdown pada tahun 2008 ialah RM130 juta masuk Maybank. Pada 31 Mac 2009, second drawdown sebanyak RM120 juta masuk Maybank. Pada 6 Mei 2009, NFC pindahkan sebanyak RM116 juta daripada RM250 juta ke dalam Fixed Deposit Account Public Bank dan ini memberikan keuntungan simpanan tetap kepada NFC berjumlah RM667,000 setahun. Dia simpan. Dia ambil loan, dia simpan fixed deposit lebih untung daripada dia berniaga lembu sebulan. Mampukah membayar hutang?

Dana NFC ini dipindah ke syarikat-syarikat milik keluarga Menteri. Ada dua syarikat bersekutu. Associate companies yang kita lakukan carian daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Yang pertama The National Meat and Livestock Corporation. Pemegang saham utama ialah suami Menteri. Pemegang saham yang lain ialah anak-anak Menteri. [Dewan riuh]. Sangat jelas. Saham itu tertera dalam data carian syarikat. Syarikat ini dormant. Tidak ada kegiatan sejak tahun 2007. Anehnya, The National Meat and Livestock Corporation ini, syarikat dormant, tidak ada aktiviti sejak tahun 2007, bila kita semak rekod kewangan NFC setakat 31 Disember 2009 menunjukkan NFC memberi hutang kepada National Meat and Livestock Corporation sebanyak RM81 juta.

Syarikat tidak ada kegiatan. Tidak ada aktiviti tetapi NFC bagi hutang sebanyak RM81 juta kepada syarikat ini yang principle activities nya ialah memasarkan daging sahaja. Memasarkan daging sahaja. Hutangnya sebanyak RM81 juta.
Syarikat NFC ini, kos lawatannya sahaja ke luar negeri ialah RM827,000. Baik. Audit sebut –Menteri dalam kenyataan media menyebut tidak ada laporan audit mengatakan projek ini gagal. Ada tiga perkara. Saya bacakan balik laporan audit yang menyentuh kegagalan projek ini, Tuan Pengerusi.

(i) NFC gagal mewujudkan 310 orang penternak. Stated clearly dengan izin dalam laporan audit;
(ii) kegagalan mengadakan projek biogass; dan
(iii) kegagalan menyediakan atau mengadakan projek bekalan fertilizer.
Akan tetapi, syarikat yang menjalankan ini hendak kata gagal atau tidak tetapi rekodnya sembelih 1,618 ekor lembu. Ini kalau dibahagi dengan RM250 juta Yang Berhormat Menteri kata untuk period 2008, 2009, tiga tahun ini jumlah lembu yang diternak 8,000. Peruntukan yang dia sudah ambil setakat Mac 2009, RM257 juta. Kos satu ekor lembu ialah RM31,250.

KJ [Rembau] :

Setahu saya loan khas ini masuk dalam akaun dikendalikan oleh Kementerian Kewangan dan perlu persetujuan daripada Jawatankuasa Teknikal setiap kali hendak dibelanjakan dengan akauntabiliti.
Dalam tiga tahun ini mereka telah berjaya untuk mendapat RM70 juta turnover..
Usaha NFC ini bukan semata-mata usaha untuk hanya menternak lembu tetapi mereka ditugaskan untuk membangunkan kontrak farming, untuk menembusi pasaran,

Menteri:
Saya beritahu Yang Berhormat macam mana duit ini kita keluarkan. Duit ini bukan kementerian saya pegang. Duit ini dipegang oleh Kementerian Kewangan.
Kerajaan tengok supaya syarikat dan projek ini berjalan baik, kerajaan luluskan RM250 juta, bank Kementerian Kewangan pegangan. Bila kita hendak bayar? Kita ada jawatankuasa teknikal. Jawatankuasa teknikal ini diketuai oleh Ketua Pengarah JPD kita dan di dalam jawatankuasa ini kita hendak tengok, mereka hendak minta apa? Kalau kata hendak minta buat kandang, kita ada committee hendak tengok justifikasinya. Itu sebablah lambat projek ini siap.

Audit Negara juga telah mengesahkan bahawa duit ini belum lagi dibayar keseluruhannya.
Pinjaman mudah sebanyak RM250 juta hanya baru disalurkan kepada National Corporation sehingga Disember 2010 berjumlah RM134.72 juta dan berbaki RM115.28 juta hanya akan disalurkan apabila kajian viability and business modelproject selesai dilaksanakan oleh UPM. Ini audit cakap. Ini menjejaskan pelaksanaan aktiviti penternakan lembu fidlot oleh NFC.

LAPORAN AUDIT DAN LAPORAN SSM

Pembangkang:
Saifuddin [Machang] :
Kalau sekiranya Laporan Ketua Audit kita hendak pakai, andaikan begitu, saya hendak sebutkan bahawa implikasinya ialah National Feedlot Corporation kena membuat penjelasan. Hutang jangka panjang yang berjumlah RM256 juta itu, yang logiknya ialah RM250 juta, first draw down RM120 juta, 2008. Upon completion of the MoU terus dapat. Second draw down, RM120 juta. Itu masuk dalam akaun Maybank. Sejumlah RM250 juta, ia sebut jelas. Jadi, tertera di sini RM250 juta. Lalu Yang Berhormat sendiri mengesahkan RM6 juta lagi adalah geran. Angka di sini adalah RM256 juta. Mengenai Mei 2009 di mana akaun dipindahkan pula Maybank ke Public Bank dalam fix deposit yang memberikan pulangan RM667 ribu.

KJ [Rembau] :
Duit itu dimasukkan ke dalam satu akaun, special account kerana ini adalah loan khas. Akaun itu adalah di bawah nama National Feedlot Corporation Sdn. Bhd.

Sebab akaun itu di bawah nama NFC, maka dalam akaun tersebut mestilah diletakkan sebagai liabiliti. Akan tetapi masalah seperti Yang Berhormat Menteri cakap tadi, akaun ini ada syarat-syarat tertentu. Akaun ini kalau tidak silap saya, apa Yang Berhormat Menteri sebut tadi, ia macam ‘escrow account’.

Kalau tidak dapat persetujuan daripada Kementerian Kewangan, daripada core signatory yang dalam hal ini adalah Kementerian Kewangan memandangkan Kementerian Kewangan ada golden share dalam NFC, maka duit itu tidak dapat diguna, duit itu tidak dapat ditransfer daripada escrow account, custodial account dengan izin, ke operational account. Operational account itulah akaun yang dapat diguna untuk pelaburan dan untuk kos operasi yang dikendalikan oleh NFC.

Menteri cakap memang betul bahawa jumlah besar RM250 juta itu tidak diberikan sepenuhnya untuk diguna oleh NFC.

Cuma dimasukkan ke dalam escrow account, satu akaun yang mana persetujuannya adalah bukan hanya NFC tetapi satu teknikal komiti yang bernama Authorized Technical Officer Committee yang dikendalikan oleh DVS barulah dengan persetujuan itu MOF boleh meluluskan dana tersebut untuk digunakan oleh NFC.

Yang ada dalam SSM ini oleh kerana account khas yang ditubuhkan dengan Kementerian Kewangan itu sudah pun dapat RM250 juta tetapi bukan untuk operasinya. Itu masih lagi tertakluk kepada persetujuan daripada Kementerian Kewangan dan juga Kementerian Pertanian.

Saya tidak pasti sama ada akaun ini escrow atau pun tidak, tetapi prinsipnya adalah akaun ini tidak boleh diguna untuk operational expenditure, tidak boleh dikeluarkan untuk operasi sehingga dapat persetujuan, ya. Itu seperti konsep escrow.

Menteri:
Laporan Audit Negara mengesahkan bahawa sehingga Disember 2010 – saya ulangi, ini daripada Laporan Audit Negara – sehingga Disember 2010 berjumlah RM134.72 juta dan masih lagi berbaki sebanyak RM115.28 juta.
Laporan SSM mengatakan bahawa Mac 2009, dia kata 31 Mac 2009, dia kata telah pun bayaran kali kedua RM120 juta sedangkan Laporan Audit Negara mengatakan di sini Disember 2010. Ia masih lagi belum berbayar.


Makin ramai remaja berani berkongsi gambar lucah!!

Posted by Tongkat Warden | Posted in , , , , , | Posted on 8:17 PM

0

Siang tadi admin digemparkan dengan beberapa gambar2 lucah separa bogel yg menampakkan t*t*k dan kemaluan..zzzz..astaghfirullah..mmg admin xsangka mcm mane boleh plak timbul bagaikn cendawan gambar2 seperti ni..selama ni admin xde plak t'pandang gmbr2 lucah difacebook..dan yg mengerikan adalah..gmbr tersebut adalah anak remaja melayu sendiri.

Antara gambar separa bogel mangsa difacebook
Mungkin bukanlah niat si empunya gambar utk menayangkan gmbr2 tu tp pihak yg m'exploitasi gambr2 ni perlu lebih b'tggjwb. Anda yg diluar sana, adakah yakin ank2 anda selamat dari gejala2 xsihat seperti ni? keadaan semakin parah apabila gmbr dikomen @ 'like' sebab 'news feed' dlm facebook akan memaparkan apa yg b'laku diakaun rakan2 yg len dan  terang lg b'suluh pada yg share gambar2 seperti diatas.

Admin khuatir dgn p'kembangan yg xsihat ni sbb Malaysia adalah diantara negara yg t'tinggi jumlah rakan dalam satu2 akaun dan perkara2 spt ini mudah t'sebar dan bukan shj m'burukkan nama melayu sendiri malah m'aibkan mangsa dan menyebabkan trauma kpd mangsa t'sebut. Ada beberapa pihak dengan sengaja mengupload gambar2 lucah dgn tujuan mempopularkan page mereka shj. Ingat, jgn upload gmbr2 'panas' dan xbape 'panas' anda ke facebook. Mungkin anda mangsa seterusnya.

Admin merayu kpd ayah dan ibu diluar sana agar memantau facebook anak masing2..jgn biarkan mereka t'jebak dgn gejala xsihat spt ini..Antara langkah2 yg boleh dilakukan adalah:

1. Minta email dan password anak anda,jika mereka enggan anda boleh pasang keylogger atau download beberapa software yg dpt selongkar password dlm browser.

2. Jgn biarkan komputer @ laptop berada didlm bilik ank2 anda. Ketahui apa yg tgh mereka lakukan.

3. Jgn benarkan anak2 like,komen @ share gmbr2 yg xelok.

4. Kalo sume perkara kat atas gagal, block facebook dari laptop @ pc mereka dengan pergi ke  'RUN' dan 'paste' url ini: '%systemroot%\system32\drivers\etc\'. Anda akan nampak file bernama 'hosts'. Klik kanan pada file dan 'Open with' -> 'Notepad'.  'Paste' kat bawah sekali kod ni:'127.0.0.1 facebook.com'.Ini tanda protes anda kpd anak2 kalo mereka xdgr ckp anda.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya..jgn smpai nasi sudah m'jd bubur..

Obesiti di Malaysia semakin meruncing? Bagaimana mengatasinya?

Posted by Tongkat Warden | Posted in , , , | Posted on 4:16 PM

0

Rakyat Malaysia merupakan antara negara yg plg ramai m'hidapi obesiti dikalangan negara Asia Pasifik. Seharian gaya pemakanan kita kurang dikawal dengan pengambilan gula yg tinggi,makanan yg b'lemak dan sebagainya. Memang Malaysia boleh dikatakan kaya dengan kepelbagaian makanan dengn pengaruh dari masakan India, China, Indonesia dan Malaysia sendiri. Namun, pernahkah kita menilai sendiri berapa kalori yg telah diambil dan berapa pula yg betul2 diperlukan?

BMI dapat m'bantu mengukur kadar obesiti seseorang.
Mungkin ada yg m'punyai duit lebih, bolehlah melakukan rawatan di pusat2 m'kuruskan badan yg t'kenal kat TV tu namun bg admin, cara 'natural' iaitu dgn senaman dan diet t'atur adalah cara yg t'baik dan selamat serta murah. Di bawah merupakan beberapa kalori dalam satu2 sajian makanan:

Kira berapa kalori yg anda amik dalam setiap 1 sajian makanan. padankan dengan bilangan kalori yg anda perlukan dalam sehari. Dibawah adalah kiraan bagi menentukan jumlah kalori(RMR) yang diperlukan.:

Women: (9.99 x w) + (6.25 x h) – (4.92 x y) – 161
Men: (9.99 x w) + (6.25 x h) – (4.92 x y) + 5
w = berat(kg)
h = tinggi(cm)
y = tahun/umur

Apabila RMR dah dikira, sekarang darabkan dengan faktor dibawah mengikut pada 'workload' atau beban kerja anda seharian:
Sedentary: 1.0 – 1.3
Low-Active: 1.4 – 1.5
Active: 1.6 – 1.8
Very Active: 1.9 – 2.5

Displinkan diri anda dengan mematuhi kalori yg sepatutnya anda ambil setiap hari dan banyakkan bersenam.Selamat Mencuba..=)

Guru dikerah bekerja 9 jam,banyak pihak mula berbalah.

Posted by Tongkat Warden | Posted in , , , , | Posted on 12:02 PM

0

Baru2 ni kita diberitakan bahawa akan ada usaha utk m'buatkan cikgu2 kat sekolah b'kerja selama 9 jam dlm 1 hari. Kira cikgu ni dah ikut masa mcm p'jawat awam yg len. Semua dh sedia maklum yg tugas cikgu rata2 boleh dikatakan masuk pukul 8 pg dan pukul 2 dh boleh cabut. tapi adakah andaian kita benar?

Pada pendapat admin,tugas cikgu bukanlah sekadar 8-2pm,malah tugas cikgu2 ni m'cakupi sampai ke mlm. cikgu takkan sempat nak tanda buku2 kerja sekolah sbb diorg ni dh sibuk dgn aktiviti waktu siang cthnya kokurikulum,sukan dan mcm2 lg. Belum lg kalo sekolah jd penganjur satu2 kejohanan,cikgulah yg sibuk m'jd urusetia.



Berdasarkan statistik terbaru oleh Regus, hampir separuh rakyat Malaysia atau lebih tepat 48% yg bekerja, kerja lebih 8 jam dalam sehari. admin yakin bahawa cikgu2 juga t'golong dlm 48% tersebut. malah, cikgu2 ada yg sanggp bekerja pada hari sabtu dan ahad terutamanya cikgu2 sekolah asrama.

Pihak kementerian pelajaran akan menjadikan 5,000 guru dari 104 buah sekolah sebagai “bahan eksperimen” kepada sistem waktu bekerja iaitu guru kerja 9 jam mulai Januari 2012 meliputi 4 negeri seperti Pahang, Melaka, Johor & Sarawak. Tempoh percubaan bagi waktu guru kerja 9 jam di sekolah terpilih itu akan dilaksanakan dua sesi iaitu 7.30 pagi hingga 4.30 petang dan 1.30 petang hingga 6.30 petang selama enam bulan.

Namun dua kesatuan berkaitan guru iaitu  Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) dan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) kurg b'setuju dengan syarat t'sebut dan mengenakan syarat yg agak ketat kepada pihak kementerian kalo nk laksanakan jugak sistem 9 jam tersebut. Antara syarat tersebut adalah kementerian Pelajaran perlu menyediakan pembantu guru terlebih dahulu dan keluarkan arahan tiada sebarang aktiviti pada Sabtu dan Ahad jika mahu memperkenalkan sistem kerja sembilan jam untuk guru, mulai tahun depan.



Syarat tersebut jelas sgt sukar utk dipenuhi oleh kementerian sbb nak amik pembantu cikgu,dh jd 1 kos lg. lepas tu nk kena bg training dan sebagainya. Sistem ni jugak menyebabkan cikgu semakin t'beban dgn kerja dan kurg masa utk diluangkan b'sm keluarga.

Jelaslah masih banyak perbalahan dalam isu ni. Kesukaran m'dpt kata sepakat bg penyelesaian isu waktu bekerja cikgu2 ni akan m'jd duri dalam daging kepada sistem pendidikn Malaysia. Kita memerlukan seberapa byk cikgu yg ikhlas mengajar. Pihak kementerian perlu sedar, dalam pendidikan, kuantiti bukanlah m'jd ukurantp kualiti cikgu tersebut perlu diutamakan.

Sistem2 yg baru nak dikenalkan perlu dikaji betul2,xnak la jd mcm isu PPSMI dimana negara kerugian b'puluh2 juta sebab kena tukar buku teks,kena bg latihan kat cikgu tp last2 dimansuhkan. Jgn smpai cikgu2 mengadakan piket dan mogok,rugi dan memalukan negara nnt.

Isu hutang eropah, 2012 kejatuhan ekonomi dunia,anda bersedia?

Posted by Tongkat Warden | Posted in , , , , , , | Posted on 11:46 PM

0

Kalo korang tengok berita luar negara,mesti dah selalu dengar berkenaan isu hutang2 negara di eropah..yg peliknya adalah,negara2 yg t'kaya didunia m'punyai hutang yg besar. Sebagai cthnya, Amerika Syarikat menduduki tangga pertama negara paling banyak hutang iaitu AS$13.9 trilion diikuti Kesatuan Eropah (AS$13.7 trilion), Britain (AS$8.9 trilion), Jerman (AS$4.7 trilion), Perancis (AS$4.6 trilion dan Jepun (AS$2.4 trilion).



Tapi negara2 miskin pon masih m'punyai hutang yg byk,cuma jumlah tidaklah sebesar negara maju. Namun,tak ke pelik,negara2 yg kaya ni berhutang begitu byk tp hutang kepada sape? kalo dh b'hutang,mestilah ada pemiutang, tul tak? admin xnak berikan sebarang spekulasi,adalah lebih baik korg buat kajian sendiri siapa dalang yg m'jd watak utama kepada kejatuhan ekonomi dunia. Yang perlu ditekankan adalah cara kita bersedia m'hadapai keruntuhan ekonomi dunia. Adalah satu p'bohongan yg nyata kalo kata Malaysia xt'kesan dengan runtuhnya ekonomi dunia ni nnt.

Sistem ekonomi yg sedang kita gunakan sekrg sedg menuju ke p'akhirannya..ekonomi semakin tenat. Allah sudah pon m'beri peringatan kepada kita sejak 1400 tahun yg lalu.

"Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan tinggalkan sisa riba." ( al-Baqarah : 278 ).

menurut sesetengah p'dapat ayat ini adalah ayat t'akhir yg diturunkan..dan perkara ini lah yg m'jd senjata utama dajjal bg menguasai dunia. Riba' telah pon menguasai ekonomi dunia . Ingatkah kita pada antara bahaya dajjal,dimana akan datangnya dajjal dengan syurga dan nerakanya. Apakah anda bersedia jika dilanda kesusahan? Dimanakah kita ketika itu?

Ada beberapa pengkaji konspirasi dajjal, mereka(yahudi) akan memperkenalkan duit maya,iaitu duit dengan menggunakan kad kredit,debit kad dan mcm2 lg b'kaitan cip. kita akan semakin sukar memegang duit. mereka akan membuat kita tak memiliki apa2. memang ada cara nak 'counter' balik masalah ni dengan menaikkan emas sebagai matawang sbb emas sesuatu yg b'nilai dan harga ditentukan komoditi b'banding nilai matawang yg ditentukan oleh org2 t'tentu. dan kalo ade usaha pon nak buat emas jd matawang,dh t'lmbt sbb kita diambang keruntuhan.

Nasihat admin, sme2lah kita kembali ke norma2 kehidupan yg asal. Bilakah kita belajar b'cucuk tanam? pandaikah kita menyembelih binatang?berternak?memasak?bagaimana pula dengan survival skill andaikata ditimpa musibah?b'sedialah dengan segala kemungkinan kerana kita adalah umat akhir zaman. Zaman dimana munculnya dajjal,imam mahdi, yakjuj dan makjuj dan turunnya nabi Isa. Kesukaran dan p'deritaan bakal menanti kita..adakah anda sedar dan bersedia?

Asing kelas punca kepada jenayah?

Posted by Tongkat Warden | Posted in , , | Posted on 6:01 PM

0

Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) baru2 ni ada keluarkan statement psl sebab pelajar2 yg xbape cerdik semakin mundur dan cenderung melakukan jenayah. antara puncanya adalah kesan p'asingan kelas. Baca berita kat bawah ni..

"JKM dapati pengasingan pelajar bijak, kurang pandai faktor kecewa
KUALA LUMPUR: Pengasingan pelajar kurang bijak ke kelas tercorot dikenal pasti antara punca kanak-kanak berumur antara 10 hingga 18 tahun terbabit jenayah. Ini disebabkan faktor pengaruh negatif rakan sekelas yang boleh mewujudkan persekitaran tidak kondusif untuk pembangunan mental mereka."



Boleh dikatakan hampir semua sekolah di Malaysia ada sistem p'asingan kelas dgn alasan spy senang nk monitor budak2 yg xbape cerdik dan bdk2 cerdik cuma perlu di p'betulkn mane yg kurg namun akibat drpd sistem ni la jgk lahirnye calon2 p'jenayah..huhuhu..rs mmg xptt pggl diorg ngn gelaran camtu tp tu la hakikatnye..ironinya,mmg kita sedia maklum yg sistem pendidikan kita belumlah semantap mane dan byk lg perkara yg perlu dip'betulkan.


Apa yg perlu dilakukan pihak b'wajib bukanlah sekadar tgk pd sistem pendidikan luar negara tp yg dicedoknye hanyalah p'kara2 yg mereka anggp mudah nk dilaksanakan. Kita perlu segera bangkit dr sistem p'didikan b'asaskan peperiksaan semata2..amatlah menyedihkan kerana anak2 dihantar cuma sekadar utk m'hafal dan cikgu pula dikerah tenaga spy m'habiskan silibus yg telah diberikan.


Dikatakan negara Finland dan canada adalah antara sistem pendidikan t'baik didunia..guru2 mereka dibayar setanding dgn peguam dan doktor!!walaipun finland merupakan negara kecil dan itulah antara sbb mengapa mereka bleh menyediakn agihan gaji yg samarata tinggi,namun kita harus byk lg belajar cara mereka mengajar pelajar mereka. 


Antara yg mereka lakukan:
1. Masuk dalam kelas xpakai kasut walaupon hakikatnye diorg selamber je pkai kasut kat umah. Diorg aggp kelas dan sekolah 1 tempt yg perlulah t'amat kondusif.


2. Cikgu2 diorg mengajar xramai pelajar..dalam beberape org je dan sbb tu lah cikgu leh fokus pd setiap org dlm kelas.


3. Mereka xperlu nak tunggu budak2 tu smpai umur darjah 6 baru leh amik exam..mcm UPSR la..agak2 dh pndai,leh je amik. jd sape yg pndai,dh leh save ms kat situ..


dan byk lg la sbbnye..kesian gak tgk bdk2 yg xbape cerdik diasingkn dan plg m'hyt ati bile cikgu yg mengajr kelas2 xcerdik pon cam nk xnk je..bkn sume la..segelintir..pe komen anda?nak kekalkan sistem ni dan lebihkan fokus pd diorg atau xperlu asing..?


Perlawanan bola sepak Malaysia Vs Indonesia Sukan Sea 2011

Posted by Tongkat Warden | Posted in , , , , , | Posted on 5:08 PM

0


Salam..hehehe..maaf la blog ni dh lme giler xb'update. Ada 2 orang admin je..maklum  la memasing bz..'kononnye'..zzzz..hahaha..pe2 hal pon,mesti korang gembira dgn p'sembahan anak buah Ong Kim Swee (OKS)kerana hampir pasti layak ke peringkat separuh akhir.Walaupun persembahan harimau muda agak goyah terutamanya ketika menentang kemboja tempoh hari,admin yakin bahawa anak buah OKS akan m'pamerkan aksi t'baik bagi menentang indonesia.

Kedudukan Terkini Kumpulan A
Berdasarkan kedudukan mata diatas, kita dpt lihat bahawa singapore masih berupaya utk pergi ke semifinal..dgn syarat mereka meng besar keatas thailand dan harimau muda kalah besar kepada indonesia. Marilah kita sama2 m'doakan anak buah OKS menunjukkan semgt juang yg tinggi dan tidak mudah t'pengaruh dgn penyokong indonesia yg segelintirnya agak fanatik.Jangan lupa khamis(17/11/2011) ni pukul 8:00 pm..kalo xsilap admin..hihihi..sokong Harimau Muda Malaysia!!!!


p/s: jgn memprovok dan terprovok dgn mane2 pihak..sama2 kita m'jaga adab dan hubungan sesama saudara..=)