There was an error in this gadget

Matahari terbit dari barat?!

Posted by nick boulve | Posted in , , , , | Posted on 6:59 AM

2


Aritu aku ber-fb akibat dari tiada kerja yg bleh dilakukan. (Klau ade keje pun same gak..).Tibe2 terjmpa artikel ni kat pic kwn aku...

Artikel ini menunjukkan salah satu tanda kiamat yg blh dan akan belaku iaitu TERBITNYA MATAHARI DARI BARAT.
Aku cite serba sikit la psl artikel sbb korg mesti mls nak baca punye...kecik sgt tulisan,pkai teropong baru nmpak.
Dlm artikel ini ade mengatakan yg putaran pd paksi planet Marikh semakin perlahan dan pd 30 July dia berhenti beputar dan tibe2 berputar ke arah sebaliknye(mgkin dia da pening sbb lame sgt pusing arah same je).
Perkara ini belaku smpai bulan september dan ini bermakna selama 3 bln alien ngan predator kt planet tu mengalami matahari pagi yg terbit dari barat!
Fenomena ini digelar 'Retrogade Motion' dan perkara ini bleh berlaku juga mgkin x lame lagi pd planet bumi.

Bygkan fenomena ini tibe2 belaku tanpa disedari..n pd masa tu borang taubat da x valid lagi dah....adakah kite mampu tersenyum n plan nak buat aktiviti ape utk haritu??

nick boulve berkata-klau tgk keadaan dunia skrg ni pun mmg mcm dah nk kiamat pun...so ready2 lah kite semua ye...jgn byk sgt buat dosa..takut2 nnt tercengang bgun tido kat radio ade AM krew,tp kat luar waktu petang...

Ezam Di Lantik Senator-Tiba Masa Untuk Membayar

Posted by Tongkat Warden | Posted in , | Posted on 2:05 PM

0


Malam tadi aku duk lepak2..baru pas balik keje,rehat sikit pas mandi. Tgh2 aku cedok nasi,aku dgr kat tv pasal DS Najib cakap2..pastu pemberita bagitahu psl Ezam dilantik jadi Senator. Dalam ati aku,hmphh..dah tiba ms untuk m'byr 'cukai' sebelum 1 Mei tiba..hahaha.

Aku bukannya seorg yg t'lalu extremis untuk m'bangkang mahupun seorg kaki bodek kerajaan,tapi aku lihat sesuatu tu b'dasarkan apa yg aku nampak dan bukti yg ade depan mata. Ezam dilantik jadi senator? Aku xrasa si Ezam ni layak dilantik jadi senator hanya kerana die pandai b'debat. Kalo debat air liur t'pacul penuh ngn ckp bohong,watpe...

Dan salah sorang lagi, G Palanivel, timbalan presiden MIC pulak dilantik jadi senator pasal menghargai pengorbanannya yang tidak dicalonkan pada pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor tetapi sebaliknya menyokong calon kompromi, P Kamalanathan.

Aku xkisah kalo nak lantik sape2 jadi senator tapi janganlah sebab nak 'bayar' org2 t'tentu,jawatan senator tu diberikan kat org2 mcm ezam ni..bukan aku p'soalkan die reti x buat keje,masalahnye BN dah gunakan kuasa yg rakyat bagi untuk kepentingan parti mereka.

Pakcik aku pernah tnya aku, dalam politik ni,sape yg betul? Aku senyap je. Pastu, pakcik aku ckp yg betul adalah parti yg ko sokong. walaupon salah,ko tetap sokong. So, aku xkisah kalo korg nak terima or x.

Perginya Nordin Mat Top Dan Datangnya Gigolo

Posted by Tongkat Warden | Posted in , | Posted on 12:16 PM

0


Sepertimana yang korang tahu,Nordin Mat Top adalah slh sorang pengganas yg dikhendaki di Asia. Dan tahun lepas kita digemparkan dengan penyerbuan oleh polis Indonesia dan dilaporkan telah berjaya membunuh Nordin Mat Top. Namun,disebalik tu ada yg melaporkan, mereka yg t'bunuh b'sm2 Nordin dikatakan terdapat tanda-tanda mati syahid. hmmm..hanya Allah Yang Lagi Maha Mengetahui.

Walaupon topik ni agak lari dari isu semasa Malaysi,tapi aku nak gak cerita kat korang pasal xsampai setahun pon, Bali dah diaibkan dengan kehadiran gigolo yg cuba menarik pelanggan asing.

Pihak polis Indonesia menangkap 'gigolo pantai' tu lepas diorang tahu yang ada dokumentari yg b'tajuk Cowboys in Paradise pasal kehidupan beberapa remaja lelaki yang tinggal berhampiran pantai, keluarga dan wanita.

Jadi secara logiknya,kalolah bali tu diancam pengeboman jika b'lakunya maksiat,aku rasa tak jadi masalah..hahaha..bukan aku nak sokong orang pengebom ni cuma kalo sesuatu p'kara tu boleh m'halang kejahatan dari b'laku,aku rs elok la dilakukan. Cuma bila bom tu diletupkan dan mengenai org yg xb'slh,tu yg xbest. Patut kasi bom gigolo-gigolo tu..

Walaupon yg t'libat adalah orang bukan Islam tapi m'jd tggjwb kita m'cegahnya. Kira bagus la polis Indonesia cuma t'lambat b'tindak. Kita sekarang semakin disempitkan dengan b'dakwah kepada orang Islam semata-mata padahal zaman rasul dlu,baginda b'dakwah pada orang kafir jugak. Sebenarnya tggjwb dakwah tu sama je kepada org Islam dan orang kafir cuma cara mungkin b'beza.

Memang kalo korang dengar pengeboman tu satu keganasan,tapi aku nak ajak korang fikir,nape rasulullah dulu suruh dibakar jek umah orang yg xsembahyang kat masjid @ surau? dan rotan budak yg dah smpai umor 10 tahun kalo xnak sembahyang walhal kalo diorang sembahyg pon tkt niat xikhlas@ t'paksa.

Jadi yg aku nampak adalah,xsalah kalo satu2 ancaman tu dapat m'halang daripada b'lakunya maksiat atau m'bawa kita ke jalan kebenaran. Sebab Allah juga memberikan peringatan dalam pelbagai bentuk antaranya ancaman untuk mencampakkan ke dalam api neraka kepada sape-sape yg xb'iman..haaa...jd pak ustaz aku arini..hahaha..

Kenapa Malaysia Tak Layak Piala Dunia?

Posted by Tongkat Warden | Posted in , | Posted on 4:25 PM

0

Bahang bola sepak piala dunia di Afrika semakin kita rasai, hanya tinggal lagi beberapa minggu dari tarikh penganjuran. Aku dok tengok ramai kaki-kaki bola dah start beli jersi team yang diorg sokong. Aku gerenti,mesti ramai yang support england. Aku minat spain dan taraf bola sepak mereka sendiri lebih baik kalo nak dibandingkan ngan england. tu pendapat aku la.

Kita tutup cerita pasal bola sepak luar negara,sekarang yang aku nak bualkan adalah kenapa Malaysia tak layak piala dunia. Kalo korang igt, sathianathan pernah cakap yang Liga super bukan bola sepak. Jadi apa yang dimaksudkan oleh si beliau? Baru-baru ni pulak,wan jamak,jurulatih negeri 9 meminta kelab menarik diri dari mengikuti AFC.

Ramai yang setuju dan ada pulak yang xterima,sebenarnya kalo korang nak tahu, tahap stamina sahaja,aku rasa Malaysia cumalah dalam 50-70 peratus nak dibanding pemain profesional luar negara. Beberapa pemain Malaysia yang pernah bermain menjalani latihan di luar negara mengakui tahap stamina setelah bermain kembali bermain di Malaysia menurun. Lebih memburukkan keadaan adalah bila kita melarang perkhidmatan pemain import. Sememangnya FAM ada sebab sendiri untuk melarang kelab mengimport pemain luar negara,tetapi masalah lain pula timbul. Pemain tempatan kurang saingan dari segi fizikal pemain sekaligus tidak menguji stamina mereka dengan pemain luar negara.

Kita tidak serius dalam pembangunan bola sepak dari akar umbi. Sebab apa aku cakap macam ni? Sebab korang tengok sekolah-sekolah dah banyak padang xde. Diorang bikin bangunan baru. Aku rasa perkara ni merencatkan perkembangan bola sepak,malah sukan di Malaysia yang melibatkan penggunaan padang besar.

Pastu player bola sepak mesti jaga makanan macam pemain gimanastik jaga diet diorang. Makanan memang sangat penting dan mempengaruhi tahap stamina dan fizikal pemain. Jangan la pagi2 dah bantai nasi lemak ngn teh tarik. Memang pekene nanti.Hahaha...

Kes polis tembak budak 15 tahun

Posted by Tongkat Warden | Posted in , | Posted on 2:33 PM

0

Sebelum kita masuk cerita pasal polis tembak budak tu,ni korang baca dulu beritanya.

SHAH ALAM – Seorang remaja lelaki disyaki penyamun mati ditembak selepas kereta dipandu suspek itu didakwa cuba merempuh anggota polis peronda di Jalan 11/2G, Seksyen 11 di sini semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, dalam kejadian pada pukul 2 pagi itu, dua kereta peronda polis bersama empat anggota dikatakan bertembung dengan kereta jenis Proton Iswara Aeroback dinaiki dua lelaki yang berada dalam keadaan mencurigakan di Jalan Tarian 11/2 di sini.

“Anggota polis meminta pemandu kereta itu berhenti namun kereta itu dipecut laju menyebabkan polis melepaskan tembakan ke arah tayar kereta tersebut.

“Kereta itu kemudian terbabas di bahu jalan di Jalan Makyong,” kata beliau di sini semalam.

Menurut Khalid, seorang daripada lelaki itu dapat keluar dari kereta dan melarikan diri menyebabkan dua anggota polis mengejar lelaki itu.

Dua lagi anggota polis yang cuba memeriksa keadaan kereta itu terkejut apabila mendapati kereta tersebut mengundur dan cuba melanggar polis.

“Salah seorang anggota polis yang cuba mempertahankan diri telah melepaskan tembakan mengenai pemandunya.

“Pemandu kereta itu, Aminulrashid Amzah, 15, mati terkena tembakan,” kata beliau.

kredit : kosmo.com.my

Aku pasti,ramai rakyat Malaysia yang marah dan kesal dengan tindakan polis menembak secara melulu. Aku bukan polis dan aku tak rasa kita patut pertikai tugas polis cuma yang aku pelik,setiap tindakan polis perlu ada etikanya tersendiri. Sepatutnya polis tak boleh menembak penjenayah unless diorang lepaskan tembakan dulu atau mengancam nyawa orang.

Ada beberapa fakta yang aku dapat rungkaikan berkenaan kes ni:
#1.Budak tu dikatakan lari dari sekatan polis,maksudnya dia lari,bukan mengancam.
#2.Polis mengatakan parang dijumpai didalam kereta mangsa namun kakak dia menafikannya.
#3.Hanya sebilah parang dijumpai,tetapi penjenayah dikatakan berdua.Maksudnya sorang lagi akan melakukan samun hensem tanpa senjata.
#4.Budak 15 tahun,mana ada lesen kete.

Jadi,aku harap pihak polis menubuhkan satu pasukan penyiasat khas bagi kes ni dan menilai semula etika sebelum melepaskan tembakan.

Tongkat warden:Kalo aku,mintak kerajaan peruntuk senjata yang boleh disable kereta. Macam dalam game need 4 speed tu.

Gaji pengawal keselamatan vs gaji degree

Posted by Tongkat Warden | Posted in , | Posted on 1:56 PM

0

Waaa..gaji pokok pengawal keselamatan dah dinaikkan kepada RM1,100 dan RM1,450 sebulan iaitu kenaikan antara 67 dan 75 peratus, mulai 1 Julai 2010. Hmm...meriahlah pengawal2 pasni..gaji naik,korang patut bersyukur. Kira kerajaan ada la afford nak tolong orang yang berpendapatan rendah tapi janganlah pengawal jek. Kitorang yang len ni nak merasa jugak.

Bayangkanlah, gaji budak-budak degree mcm aku ni ade yang company offer setakat rm1250..aduhai..rasa macam nak cekik2 company yang bagi gaji macam tu. Bukan kita ni demand tapi yela,orang gaji berdasarkan knowledge yang kita ada. Aku rasa kerajaan kena pantau gaji yang diberikan kepada budak-budak lepasan U yang baru bekerja. Jangan sampai mereka diperalatkan.

Aku rasa kalo dah ade degree tu,boleh la dikatakan profesional dari segi jawatan yang diorang pegang dan aku rasa ade antara lepasan graduan earn less what they should(ceh..cakap omputih skit..).

Pe2 hal pon kerajaan kena percepatkan proses menjadikan negara kearah berpendapatan tinggi.Lagi cepat lagi bagus,jadi kalo nk kenekan pe2 tax,lutut dh xgoyang sangat.hahaha..

Bernafasnya blog ini

Posted by Tongkat Warden | Posted in | Posted on 10:26 AM

0

Salam,akhirnya dapat jugak aku cipta satu blog untuk tatapan umum.Hahaha..gumbira rasa dihati ni.Saja nak kasi havoc skit kat internet. Aku suka mengikuti isu-isu semasa negara dan aku nak berkongsi sama kalian semua. Jadi pendapat aku,pandangan dan luahan rasa janganlah disalah tafsir pulak.

Lagi-lagi orang2 yang boleh tangkap orang ni. Baru nak bagi pendapat, dah tangkap orang.Aduss...dah la kat 'U' dulu xleh nak berpolitik. Pastu sibuk suruh mengundi pulak.

Ada sesetengah orang xsuke sangat nak amik tahu pasal isu-isu semasa. Aku rasa semua orang kene peka,paling tak pun,korang baca tajuk pon jadilah. Macam aku aritu pergi periksa pegawai gred 41,kertas A ade banyak soalan general. Jadi kalo korang peka dengan isu semasa, sebenarnya banyak membantu korang dalam kehidupan tanpa kita sedari.

Ada diantara kita yang lebih suka berfikir pada tahap permukaan atau surface je. Aku antara yang suka berfikir sedalam-dalamnya dan luar dari permukaan,sampai aku nak buat blog ni pon lama giler...hahaha.

Akhir kata(macam teks ucapan),korang layan je la blog ni.zhassss...