Bakal guru demonstrasi tuntut penempatan buat mereka

Posted by Tongkat Warden | Posted in , , , | Posted on 1:22 PM

UPSI boleh dikatakan 'Kilang Guru Malaysia',dimana Universiti yg menyediakan ijazah2 pendidikan kpd sume graduan mereka, namun sedihnya masalah guru xdpt posting ke mane2 masih kedengaran. Nak dikatakan mereka tak layak, dh ade degree dh pon. Adakah tiada penyelarasan yg jitu oleh dua kementerian menyebabkan graduan2 pendidikan di Malaysia khususnya di UPSI ni xde tempt utk posting.

Admin sendiri m'punyai pengalaman melibatkan 2 org rakan admin yg sorg belajar di maktab p'guruan dan sorg lg di IPTA. apa yg peliknya, belum pun lg rakan yg belajar di maktb p'guruan b'graduasi, beliau sudh pun mula mengajar di sekolah menengah. b'lainan kisah dengan rakan yg belajar di IPTA, beliau baru shj graduate bulan 10 yg lalu,namun sehingga skrg tiada lg panggilan @ posting ke mane2 sekolah. beliau telah pon  tamat belajar sejak tahun lepas lg,bygkanlah hampir setahun di rumah tanpa khidmatnya digunakan, ni merupakan p'baziran dr segi sumber manusia.

Pihak kerajaan pusat perlu m'jd org tengah dalam hal2 spt ni. Jgn la asyik sibuk dgn eksperimen tu dan ini namun kebajikan guru dan bakal2 guru tidak dijaga dengan baik. Kehadiran guru2 sandaran terlatih @ tidak terlatih bg admin perlu utk m'bantu mengisi kekosongn yg ditingglkan oleh guru2 yg b'salin @ sambung belajar namun dimanakah guru2 lepasan IPTA? tidakkah perlu memanggil mereka sbb dr segi kemahiran & kebolehan mereka lebih kehadapan dgn p'dedahan sewaktu berada di universiti dulu.

Baru2 ni, pelajar2 UPSI mengadakan demonstrasi aman bg menuntut posting sebelum mereka graduate. Lihat laporan dibawah:


KUALA LUMPUR, 17 Nov: Mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) semalam sekali lagi mengadakan piket aman menuntut isu 'posting' diselesai segera oleh pihak pentadbiran universiti tersebut.
Piket yang dinamakan 'Posting 2.0' merupakan rentetan daripada isu penempatan graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan keluaran universiti awam yang melanda mahasiswa.
Bercakap kepada Harakahdaily, Setiausaha Legasi Mahasiswa Progresif (LMP), Siti Nurul Piteriah Ab Halim menjelaskan, sehingga hari ini belum ada kenyataan konkrit dari pihak bertanggungjawab bagi menyelesaikan permasalahan mahasiswa pendidikan tersebut.
"Wakil mahasiswa telah mengadakan pertemuan dengan Timbalan Menteri Pelajaran (Datuk Dr Wee Ka Siong) bagi mengetahui kedudukan sebenar serta maklum balas dari pihak kementerian namun sehingga kini kita tidak tahu kedudukan sebenar mahasiswa selepas mereka tamat pengajian di sini," jelasnya sambil menambah pertemuan tersebut dibuat pada 19 November lalu di parlimen.
Tambah Nurul Piteriah lagi Piket Posting 2.0 itu bermula pada jam 1.00 petang, di mana sekumpulan mahasiswa seramai 70 orang telah berarak dari Sudut Pidato ke bangunan Canselori untuk bertemu dengan pengurusan tertinggi univesiti.
"Mereka akhirnya disambut oleh Naib Canselor UPSI, Professor Zakaria Kasa di pejabat beliaunya. Pertemuan antara perwakilan Pro-Mahasiswa UPSI (Legasi Mahasiswa Progresif dan Mahasiswa Pendidik) dilaporkan berlangsung secara sihat dengan pihak universiti yang akhirnya akur dengan tuntutan mahasiswa dan berjanji akan menyelesaikan kemelut ini.
"Pihak universiti juga dikatakan telah menghantar nama-nama graduan yang belum mendapat penempatan untuk diuruskan oleh pihak berwajib," sambungnya.
Beliau memberitahu sebelum ini, mahasiswa tidak berpuas hati dengan sikap universiti yang tidak memberi sebarang maklum balas terhadap  tujuh tuntutan yang diserahkan kepada pihak pentadbir universiti sebelum ini.
Tambahnya, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi (TNCP&I), Dr. Noraini yang menerima tuntutan tersebut sebelum ini telah berjanji akan menyelesaikan isu tersebut tetapi tiada penyelesaian sehinggalah pertemuan pada hari ini.
Sementara itu Koordinator Mahasiswa Pendidik, Mohd Zahar bin Mat Noor memberitahu piket ini bukan mahu buat kacau tetapi cuma mahu penjelasan dari Menteri supaya keresahan dan kepincangan dalam kalangan Graduan ISMP dapat diredakan dan pelajar-pelajar lain dapat meneruskan pelajaran dengan tenang.
Piket tersebut menyaksikan Bangunan Bitarasiswa sekali lagi menjadi medan bagi mahasiswa berhimpun.
Pada 2 November lalu, seramai 5,000 mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan universiti itu telah berhimpun menuntut Kementerian Pelajaran memberi jaminan penempatan sekolah kepada mereka sama seperti Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT).

Diharap lepas ni kerajaan menggunakan sumber tenaga yg telah t'sedia didepan mata b'banding mengambil yg baru sbb kos, masa dan byk p'kara bakal di tanggung lg oleh pihak kerajaan. Ruang bg mereka yg betul2 ingin m'jd pendidik perlu juga dibuka namun biarlah selepas graduan pendidikan m'dpt tempt dan pastikan mereka yg betul2 serius dlm m'jdkan guru sebagai profession & bukan sekadar nk dpt gaji besar dan rasa kemudahan sbg p'jawat awam.

Comments (0)

Post a Comment