Kes polis tembak budak 15 tahun
Posted by Tongkat Warden | Posted in isu-isu semasa, Jenayah | Posted on 2:33 PM
Sebelum kita masuk cerita pasal polis tembak budak tu,ni korang baca dulu beritanya.
SHAH ALAM – Seorang remaja lelaki disyaki penyamun mati ditembak selepas kereta dipandu suspek itu didakwa cuba merempuh anggota polis peronda di Jalan 11/2G, Seksyen 11 di sini semalam.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, dalam kejadian pada pukul 2 pagi itu, dua kereta peronda polis bersama empat anggota dikatakan bertembung dengan kereta jenis Proton Iswara Aeroback dinaiki dua lelaki yang berada dalam keadaan mencurigakan di Jalan Tarian 11/2 di sini.
“Anggota polis meminta pemandu kereta itu berhenti namun kereta itu dipecut laju menyebabkan polis melepaskan tembakan ke arah tayar kereta tersebut.
“Kereta itu kemudian terbabas di bahu jalan di Jalan Makyong,” kata beliau di sini semalam.
Menurut Khalid, seorang daripada lelaki itu dapat keluar dari kereta dan melarikan diri menyebabkan dua anggota polis mengejar lelaki itu.
Dua lagi anggota polis yang cuba memeriksa keadaan kereta itu terkejut apabila mendapati kereta tersebut mengundur dan cuba melanggar polis.
“Salah seorang anggota polis yang cuba mempertahankan diri telah melepaskan tembakan mengenai pemandunya.
“Pemandu kereta itu, Aminulrashid Amzah, 15, mati terkena tembakan,” kata beliau.
kredit : kosmo.com.my
Aku pasti,ramai rakyat Malaysia yang marah dan kesal dengan tindakan polis menembak secara melulu. Aku bukan polis dan aku tak rasa kita patut pertikai tugas polis cuma yang aku pelik,setiap tindakan polis perlu ada etikanya tersendiri. Sepatutnya polis tak boleh menembak penjenayah unless diorang lepaskan tembakan dulu atau mengancam nyawa orang.
Ada beberapa fakta yang aku dapat rungkaikan berkenaan kes ni:
#1.Budak tu dikatakan lari dari sekatan polis,maksudnya dia lari,bukan mengancam.
#2.Polis mengatakan parang dijumpai didalam kereta mangsa namun kakak dia menafikannya.
#3.Hanya sebilah parang dijumpai,tetapi penjenayah dikatakan berdua.Maksudnya sorang lagi akan melakukan samun hensem tanpa senjata.
#4.Budak 15 tahun,mana ada lesen kete.
Jadi,aku harap pihak polis menubuhkan satu pasukan penyiasat khas bagi kes ni dan menilai semula etika sebelum melepaskan tembakan.
Tongkat warden:Kalo aku,mintak kerajaan peruntuk senjata yang boleh disable kereta. Macam dalam game need 4 speed tu.

Comments (0)
Post a Comment