Debat Khairi Dan Rafizi - PTPTN Dan Halatuju Pengajian Tinggi Negara

Posted by Tongkat Warden | Posted in , , , , | Posted on 3:04 AM

0

Baru-baru ini kita disajikan dengan debat antara YB Khairi Dan Saudara Rafizi berkenaan isu PTPTN yang hangat diperkatakan belakangan ini. Admin memang menunggu program dan wacana seperti ini kerana percambahan ilmu dapat dilihat apabila kedua-dua debater sememangnye hebat menyampaikan idea dari pihak masing-masing. Dibawah merupakan rakaman debat tersebut:






Bagi admin, tiada pemenang mahupun yang kalah berkenaan isu yang didebatkan. Perkara yang lebih penting adalah pihak yang mendengar dan memerhati perlu meneruskan perbincangan berkenaan idea dan hujah yang telah disampaikan. Berikut merupakan antara hujah-hujah yang disampaikan.

Rafizi

Mengutarakan pendapat memansuhkan PTPTN , struktur semula kerangkan PTPTN sediada dengan 1 kerangka yang baru, pendidikan percuma sehingga ke peringkat pengajian tinggi, pengurangan universiti swasta dan menambahkan universiti awam.

Khairi

Meneruskan PTPTN bagi mengelakkan negara mengalami kerugian dan boleh terjerumus kepada muflis. Mematahkan beberapa cadangan daripada pihak Pakatan Rakyat lebih2 lagi berkenaan buku Jingga.

Apa-apa pun, anda mempunyai pendapat dan idea masing2..hormati pandangan orang lain dan elakkan provokasi.

Gempar! Mufti Perak tuduh PAS salah guna Islam!!

Posted by Tongkat Warden | Posted in , , , | Posted on 2:55 PM

0


Seperti tajuk kat atas, mmg admin rasa sangat2 hairan dengan kenyataan mufti perak. Mengapakah beliau berkata demikian sedangkan umum mengetahui, PAS sememangnya berusaha untuk menegakkan Islam namun untuk tanpa kuasa, suara kita tidak akan didengar. Maka tiada jalan lain selain PAS terpaksa juga 'join venture' menceburi bidang politik.

Lihat Sumber Berita: Mufti Perak tuduh PAS salah guna Islam!!

Adakah benar kenyataan diatas? Bagi admin, ia hanyalah pandangan peribadi semata-mata. Namun yang menjadi kebimbangan adalah seorang mufti yg mempunyai pengaruh dalam muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan berkata seperti demikian. Banyak kesan2 yang akan berlaku. Jika berita ni sampai pada mereka yang kurang ilmu agama, sah2 kata kenyataan demikian dah jadi fatwa. "Jangan sokong PAS lagi!!". Walhal untuk mewartakan satu2 fatwa memerlukan kata sepakat muzakarah.

Malah mufti juga membenarkan apa yang Ibrahim Ali katakan, Islam tidak boleh digunakan untuk tujuan politik. Inilah pemikiran jumud yang telah ditanamkan ke benak pemikiran kita sekian lama. Islam adalah agama yang syumul. Islam bukan seperti agama lain yang hanya berlandaskan kepada kepercayaan semata-mata. Tiada praktikal mahupun amali didalam kehidupan mereka. Mereka kurang menerapkan nilai2 agama mereka sendiri b'banding agama Islam yang menyarankan setiap p'buatan dan amalan hendaklah berlandaskan Islam. Malah sehingga di tandas sekalian pun, ada dibekalkan doa dan adab2 ketika sebelum,didalam dan selepas memasuki tandas.

Ada isu lain yang semenjak2 ni, admin tengok semakin teru.Mengapakah media arus perdana Malaysia suka menyampaikan berita berat sebelah demi menjaga kepentingan parti politik pemerintah tanpa memikirkan implikasi yang bakal menimpa masyarakat Islam dan Melayu khususnya dan rakyat Malaysia amnya. Media massa mempunyai pengaruh tersendiri malah media massa juga membantu membentuk pemikiran rakyat pada satu2 era atau zaman.

Admin harap wartawan dan editorial mana-mana akhbar perlu lebih b'tanggungjawab dalam menyiarkan satu2 keratan akhbar. Jangan hanya mementingkan keuntungan syarikat semata-mata. Kami memahami pihak akhbar terdesak b'saing sesama sendiri bagi m'dapatkan keuntungan masing2 namun perlulah lebih b'etika dan jujur dalam b'karang.

Admin tinggalkan pembaca dengan video dibawah. Mengapakah sehingga kini tiada sebarang respon apatah lagi fatwa dari mana2 ulamak dan mufti. Adakah sayang dengan jawatan masing2?atau takut merana demi Islam? Anda ada jawapannye:



Keputusan UPSR 2011. Yang terbaik sejak 2008.

Posted by Tongkat Warden | Posted in , , | Posted on 12:15 AM

0

Mesti ada dikalangan pembaca yg adik,anak2 atau saudara-mara yg m'duduki UPSR tahun ni. Tadi pagi menyaksikan ramai pelajar yg menangis kegembiraan dan tak kurang juga t'sengih2 senyum2 kambing melihat slip keputusan sendiri. Apa pun, admin menyucapkan tahniah kepada semua pelajar yg telah pun m'duduki UPSR tahun ni.

Pelajar-pelajar meraikan kejayaan
Beberapa fakta menarik bagi keputusan UPSR tahun ni:-

- 485,160 pelajar menduduki UPSR
- 269,021 mendapat minimum C ke atas(tak termasuk yg m'dpt semua A)
- 9.48% atau 46,012 mendapat semua A pada subjek yg diambil.
- 2.88% mendapat D dan ke bawah.

Apa pun, admin harap ibu bapa tidak t'lampau b'kiblatkan kpd keputusan peperiksaan besar semata2. Bimbinglah anak utk m'jd insan tak kira apa keputusan peperiksaannya. tak semesti tak pndai dalam peperiksaan,tak boleh b'jaya dalam hidup.