Tergempar: Kecoh Tawaran Berkahwin Dengan Perempuan Pelarian Syria
Posted by Tongkat Warden | | Posted on 4:29 PM
Baru2 ni admin ada terbaca post berkenaan tawaran berkahwin dengan pelarian Syria yang kini kononnya berada di beberapa buah masjid di Kaherah. Berdasarkan sumber yang admin baca, mereka menawarkan perempuan dengan mahar(mas kahwin) 140 USD(lebih kurang RM400),anda boleh mengambil sendiri perempuan Syria tersebut di Kaherah setelah dikahwini. Itulah antara sedikit maklumat yang admin terima.
Mungkin ada diantara yang dah mula berangan2 nak berkahwin dengan perempuan Syria ni. boleh dapat anak muka macam arab. Tapi kat sini nak nasihatkan,jangan terpedaya dengan maklumat yang kita belum pasti. Takut2 ini antara scam@penipuan, penipuan untuk menipu duit anda dan penipuan untuk mengeksploitasi wanita Syria.
Kat sini admin buat dua andaian, pertama ; mungkin terdapat sindiket penipuan yang akan mempergunakan anda untuk ke kaherah dan membawa balik perempuan tersebut, namun anda tidak tahu apa yang akan dibawa bersama dengan anda. Mungkin anda berpotensi dijadikan keldai dadah. kedua; mungkin benar anda akan berkahwin dengan wanita syria tapi bukan dengan rela hati mereka. mungkin mereka dijual oleh sindiket yang bertapak disana.
Admin harap anda semua kaji perkara ni dan jangan terlampau teruja sampai ada yang jadi mangsa. Dibawah adalah video berkenaan luahan hati wanita2 Syria. Mereka memerlukan perlindungan, bukan lelaki yang suka mengeksploitasi mereka.
Comments (0)
Post a Comment