Gempar! Mufti Perak tuduh PAS salah guna Islam!!

Posted by Tongkat Warden | Posted in , , , | Posted on 2:55 PM


Seperti tajuk kat atas, mmg admin rasa sangat2 hairan dengan kenyataan mufti perak. Mengapakah beliau berkata demikian sedangkan umum mengetahui, PAS sememangnya berusaha untuk menegakkan Islam namun untuk tanpa kuasa, suara kita tidak akan didengar. Maka tiada jalan lain selain PAS terpaksa juga 'join venture' menceburi bidang politik.

Lihat Sumber Berita: Mufti Perak tuduh PAS salah guna Islam!!

Adakah benar kenyataan diatas? Bagi admin, ia hanyalah pandangan peribadi semata-mata. Namun yang menjadi kebimbangan adalah seorang mufti yg mempunyai pengaruh dalam muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan berkata seperti demikian. Banyak kesan2 yang akan berlaku. Jika berita ni sampai pada mereka yang kurang ilmu agama, sah2 kata kenyataan demikian dah jadi fatwa. "Jangan sokong PAS lagi!!". Walhal untuk mewartakan satu2 fatwa memerlukan kata sepakat muzakarah.

Malah mufti juga membenarkan apa yang Ibrahim Ali katakan, Islam tidak boleh digunakan untuk tujuan politik. Inilah pemikiran jumud yang telah ditanamkan ke benak pemikiran kita sekian lama. Islam adalah agama yang syumul. Islam bukan seperti agama lain yang hanya berlandaskan kepada kepercayaan semata-mata. Tiada praktikal mahupun amali didalam kehidupan mereka. Mereka kurang menerapkan nilai2 agama mereka sendiri b'banding agama Islam yang menyarankan setiap p'buatan dan amalan hendaklah berlandaskan Islam. Malah sehingga di tandas sekalian pun, ada dibekalkan doa dan adab2 ketika sebelum,didalam dan selepas memasuki tandas.

Ada isu lain yang semenjak2 ni, admin tengok semakin teru.Mengapakah media arus perdana Malaysia suka menyampaikan berita berat sebelah demi menjaga kepentingan parti politik pemerintah tanpa memikirkan implikasi yang bakal menimpa masyarakat Islam dan Melayu khususnya dan rakyat Malaysia amnya. Media massa mempunyai pengaruh tersendiri malah media massa juga membantu membentuk pemikiran rakyat pada satu2 era atau zaman.

Admin harap wartawan dan editorial mana-mana akhbar perlu lebih b'tanggungjawab dalam menyiarkan satu2 keratan akhbar. Jangan hanya mementingkan keuntungan syarikat semata-mata. Kami memahami pihak akhbar terdesak b'saing sesama sendiri bagi m'dapatkan keuntungan masing2 namun perlulah lebih b'etika dan jujur dalam b'karang.

Admin tinggalkan pembaca dengan video dibawah. Mengapakah sehingga kini tiada sebarang respon apatah lagi fatwa dari mana2 ulamak dan mufti. Adakah sayang dengan jawatan masing2?atau takut merana demi Islam? Anda ada jawapannye:


Comments (0)

Post a Comment