Debat Khairi Dan Rafizi - PTPTN Dan Halatuju Pengajian Tinggi Negara

Posted by Tongkat Warden | Posted in , , , , | Posted on 3:04 AM

Baru-baru ini kita disajikan dengan debat antara YB Khairi Dan Saudara Rafizi berkenaan isu PTPTN yang hangat diperkatakan belakangan ini. Admin memang menunggu program dan wacana seperti ini kerana percambahan ilmu dapat dilihat apabila kedua-dua debater sememangnye hebat menyampaikan idea dari pihak masing-masing. Dibawah merupakan rakaman debat tersebut:






Bagi admin, tiada pemenang mahupun yang kalah berkenaan isu yang didebatkan. Perkara yang lebih penting adalah pihak yang mendengar dan memerhati perlu meneruskan perbincangan berkenaan idea dan hujah yang telah disampaikan. Berikut merupakan antara hujah-hujah yang disampaikan.

Rafizi

Mengutarakan pendapat memansuhkan PTPTN , struktur semula kerangkan PTPTN sediada dengan 1 kerangka yang baru, pendidikan percuma sehingga ke peringkat pengajian tinggi, pengurangan universiti swasta dan menambahkan universiti awam.

Khairi

Meneruskan PTPTN bagi mengelakkan negara mengalami kerugian dan boleh terjerumus kepada muflis. Mematahkan beberapa cadangan daripada pihak Pakatan Rakyat lebih2 lagi berkenaan buku Jingga.

Apa-apa pun, anda mempunyai pendapat dan idea masing2..hormati pandangan orang lain dan elakkan provokasi.

Comments (0)

Post a Comment