MAS sekali lagi akan di'bailout'.selamatkan kroni segera!!!

Posted by Tongkat Warden | | Posted on 12:26 AM

Sekali lagi..setelah berkali-kali MAS mengalami kerugian, mereka akan diselamatkan dengan suntikan dana kerajaan menggunakan duit rakyat..sudah tentunya bailout kali ini sekali lagi melibatkan ratusan jutaan ringgit malah mencapai billion ringgit.

Apa yang kami musykilkan adalah, kenapa MAS seperti anak emas kerajaan, seperti mempunyai keistimewaan . Banyak duit,akta dan dana dari kerajaan dilaburkan demi mereka. Jika duit tersebut diberikan kepada rakyat, panggilannya akan bertukar kepada subsidi,wang ihsan, bantuan kerajaan dan sebagainya yang dilihat mempunyai sentimen negatif. Jika wang tersebut digunakan untuk syarikat berkaitan dan berkepentingan, ditukar kepada bailout,membaik pulih syarikat,pelan menyelamat dan sebagainya yang berbunyi tindakan wajar dan relevan.

Bukanlah niat admin untuk mempertikaikan tindakan kerajaan untuk menyelamatkan MAS tetapi sampai bila? Kenapa hanya sebahagian sahaja syarikat tempatan memiliki keistimewaan ini? Diharap kerajaan lebih telus dalam menangani masalah syarikat seperti ini. Jangan disebabkan perkara ini, syarikat lain dari luar negara tidak mahu melabur dan menapak di Malaysia disebabkan pilih kasih oleh kerajaan dan kurangnya persaingan sihat dalam perniagaan.

Berbalik pada isu pelan menyelamatkan MAS, mengikut sumber Malaysiainsider , MAS didakwa mencatat kerugian besar berjumlah RM2.5 Billion bagi tahun 2011. Baru2 ini pula, MAS mengeluarkan kenyataan mereka dapat menyerap kerugian tetapi tidak mencukupi untuk mengatasi kerugian tersebut dan menjadi untung. Mereka juga memberikan cuti selama 2 tahun tanpa gaji kepada mana-mana kakitangan mereka yang sukarela berkorban demi MAS. 


Admin amat risau dengan prestasi syarikat berkaitan kerajaan kerana setakat ini, hanya PETRONAS dan beberapa syarikat sahaja yang betul2 berjaya dalam perniagaan mereka. Diharap dapat dikurangkan pembaziran wang yang sepatutnya dinikmati oleh 28 juta rakyat Malaysia dengan jalan yang betul, bukan untuk beberapa buah syarikat dan orang berkepentingan sahaja.

Comments (0)

Post a Comment