Larangan Keras Ceramah Politik di masjid, surau atau anda di pecat!

Posted by Tongkat Warden | Posted in , , | Posted on 12:35 PM

Aku rasa pelik dengan dan hairan isu sebegini masih lagi menjadi modal orang-orang yang berkepentingan untuk memperbesarkan lagi isu. Ni ada sedikit laporan daripada berita harian:

SHAH ALAM: Seramai 15 nazir masjid di Selangor diberi amaran keras kerana mengingkari arahan melarang mana-mana pihak menggunakan masjid di negeri itu sebagai tempat berpolitik.
Sambil melahirkan rasa kesal dengan sikap nazir yang gagal menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohammed Khusrin Munawi, berkata larangan berpolitik itu perlu dipatuhi kerana ia tertakluk mengikut Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor.
Beliau berkata, amaran lebih tegas, termasuk memecat nazir akan dikenakan selepas ini jika mereka terus mengingkari arahan berkenaan.

"Kaedah Tauliah mengikut Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor sudah menyatakan secara jelas melarang semua pihak mengadakan ceramah dalam masjid yang berunsurkan politik, fitnah, menghasut dan menyakiti pihak lain," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang mahu menghadap Sultan Selangor berhubung titah baginda yang melarang penggunaan masjid sebagai tempat politik.

Mohammed Khusrin berkata, Jais sudah meletak papan kenyataan berhubung larangan berpolitik di masjid dan surau di negeri itu.
Antara lain papan kenyataan itu dengan jelas menyebut mana-mana pihak yang mengingkari, melanggar atau mempertikaikan perintah atau arahan Sultan Selangor atas sifatnya sebagai Ketua Agama Islam di Selangor adalah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 12 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995.

Enakmen itu memperuntukkan denda tidak lebih RM3,000 atau hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Di KAJANG, Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Noh Omar merayu Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya tidak melayan permintaan Zaid, yang mahu menghadap baginda bagi menjelaskan maksud artikel Penyelaras Pakatan Rakyat dalam blog peribadinya berhubung larangan Sultan Selangor itu.

“Amat malang, Zaid sebagai seorang peguam hanya tahu mengenai undang-undang sivil, tetapi tidak belajar undang-undang syariah. Zaid perlu tahu di Selangor, titah baginda adalah arahan yang perlu dihormati,” katanya yang turut menyifatkan tindakan Zaid itu biadap.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani memberitahu pemberita demikian selepas mengadakan lawatan kerja ke Pasar Tani Pekan Batu 14, di sini, semalam.

Di KOTA BHARU: Zaid mendakwa beliau tidak membuat sebarang kesilapan kerana tafsiran yang dibuatnya dalam artikel itu mengikut undang-undang negara.

“Justeru, saya tidak perlu minta maaf terhadap pihak istana. Kontroversi timbul disebabkan ada pihak tidak faham perkara itu,” katanya.

Bak kata tok guru,inilah kesan penjajah yang masih kuat ditinggalkan. Fikir-fikirkanlah...

Comments (0)

Post a Comment