Gambar Nabil Bercium Tersebar-Punca berpisah dengan Irma?

Posted by Tongkat Warden | Posted in , , | Posted on 7:29 PM

1

Hangat dan panas!!!Mungkin ada yang telanh mengetahui apakah yang sedang melanda kisah kehidupan bekas Juara Raja Lawak Musim Ke-2 Ahmad Nabil Ahmad atau Nabil, 27, dirinya terus dilanda kontroversi sekali lagi apabila gambar yang dikatakan adalah beliau bercium dengan seorang kakak kepada aktres remaja berumur 16 tahun.

Mereka dikatakan bercuti di phuket thailand pada 27 Oktober yang lalu.Menurut sumber, terdapat tiga keping gambar yang telah pun jatuh ke tangan seorang wartawan hiburan dimana gambar-gambar tersebut telah 'dicuri' oleh orang yang tidak bertanggungjawab yang mahu menjatuhkan karier nabil.

Nabil yang ditemuramah baru-baru ini menafikan sekeras-kerasnya foto tersebut dengan menyatakan gambar tersebut adalah gambar super impose.

Muka kedua-dua individu berkenaan memang sama dengan wajah kami, namun saya tidak mampu menafikan teknologi hari ini terlalu hebat apabila teknik superimpose boleh digunakan untuk tujuan mengaibkan diri seseorang itu. Bagi saya, mungkin ada pihak ketiga yang cuba mengambil kesempatan ekoran kisah peribadi saya yang kurang enak dipaparkan media masa sejak dua minggu berturut-turut.


“Barangkali apa yang dilakukan pihak berkenaan bertujuan menyedarkan saya mahupun artis lain supaya lebih berhati-hati dalam menjalin perhubungan. Mungkin juga saya dijadikan ‘tikus makmal’ oleh pihak berkenaan menjalankan uji kaji supaya orang lain mendapat iktibar. Bagi saya, apabila gambar seumpama ini tersebar, orang akan menilai dan lazimnya mereka mendakwa ia betul walaupun kita membuat penafian.


“Pun begitu, apa yang boleh saya nyatakan, penghasilan foto aksi panas itu dibuat menerusi teknik superimpose yang begitu teliti pembikinannya. Apabila diamati ketiga-tiga foto berkenaan, memang sukar kita menemui kelemahannya. Justeru, saya kagum dengan hasil kerja pihak berkenaan,” kata Nabil mempertahankan dirinya dan Qasha daripada terus menjadi mangsa keadaan.


Apabila diajukan soalan, adakah dia berasakan dirinya teraniaya apabila ada pihak yang iri hati dengan populariti beliau, Nabil menjelaskan, “Bagi saya, rezeki ditentukan Tuhan. Namun, mungkin orang beranggapan saya playboy, sebaliknya saya hanya manusia biasa yang kadang kala membuat kesilapan. Kepada mana-mana pihak yang pernah terguris hati dan perasaan dengan kata-kata mahupun perbuatan saya, saya mohon maaf.


“Tolonglah terima saya sebagai manusia yang tidak sempurna. Kisah saya dan Irma (Hasmie) putus cinta adalah masalah peribadi kami, janganlah ditokok tambah dengan isu foto lucah saya dan Qasha pula. Keadaan ini benar-benar membuatkan saya tertekan. Namun, kehidupan perlu diteruskan. Apa saja pandangan masyarakat terhadap diri ini, saya terima dengan hati terbuka.


“Sekiranya saya tidak diduga dengan ujian sebesar ini, mungkin saya akan terus lalai. Manusia apabila berada di atas, ada nama, ada banyak wang, mereka alpa. Saya akui perkara itu. Barangkali dugaan yang berlaku ke atas diri saya adalah titik permulaan supaya saya kembali ke pangkal jalan. Mungkin sudah tiba masanya saya memulihkan diri dan memperbanyakkan amal ibadat. Saya sayang kerjaya ini.

 Apa pun Tongkat Warden menasihatkan agar nabil menjaga pergaulan dan tidak lagi terjebak dengan gosip-gosip yang meruntuhkan kariernya.

Isu Zaid Tarik Diri Dan Bakal Menubuhkan Parti Baru

Posted by Tongkat Warden | Posted in , , | Posted on 5:04 PM

0

Atas permintaan Liza,saya Tongkat Warden adik beradik kepada Tongkat Warrant ingin membincangkan isu ini. Setelah apa yang berlaku di dalam parti PKR,sememangnya seperti ada sesuatu yang tidak kena pada pemilihan parti tersebut baru-baru ini.Di bawah merupakan kronologi kepada krisis kepimpinan di dalam PKR:

* 16 Oktober – Zaid Ibrahim ambil cuti politik enam bulan selepas Anwar Ibrahim menghalang beliau daripada menyertai program parti itu di Sabah atas jemputan Naib Presiden PKR Datuk Dr.Jeffrey Kitingan.

* 18 Oktober – Dalam pertemuan secara eksklusif dengan mStar Online Azmin Ali nafi beliau mempunyai masalah dengan Zaid dan menjadi punca mengapa Anwar halang Zaid ke Sabah.

* 18 Oktober – Zaid langgar arahan Anwar dan tetap menjejakkan kaki ke Sabah. Bertemu dengan Jeffrey Kitingan dan pemimpin-pemimpin PKR Sabah yang lain.

* 27 Oktober – Dr Jeffrey umum letak jawatan sebagai naib presiden dan semua jawatan politik termasuk anggota Biro Politik PKR.

* 28 Oktober – Ketua Bahagian Kota Kinabalu Christina Liew pula mengumumkan peletakan jawatan sebagai anggota majlis tertinggi PKR.

* 28 Oktober – Setiausaha Agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim menafikan beliau meletak jawatan selepas khabar angin bertiup kencang mengatakan beliau telah melepaskan jawatannya itu ekoran krisis kepimpinan yang berlanjutan dalam parti tersebut.

* 29 Oktober – Menteri Besar Selangor arah ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah melepaskan jawatan sebagai ADUN.

Dan ada lagi beberapa rentetan sehinggalah (kalau xsilap saya) pada 8 november lalu Zaid mengumumkan penarikan diri daripada terus bertanding kerusi Timbalan Presiden. Berikut merupakan petikan teks dari laman web beliau:

"Saya ingin mengumumkan pengeluaran saya sebagai calon dari kontes Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat dan pengunduran diri saya dari semua posting diadakan di parti.


Saya ditawari untuk bergabung dengan parti ini di bawah kepercayaan bahawa saya boleh mempromosikan tercerahkan dan politik progresif, memelihara dan mengembangkan nilai-nilai politik berprinsip dan budaya yang saya anggap penting bagi perkembangan demokrasi dan tata pemerintahan yang baik di negeri ini. Aku salah.


Selama pemilihan parti, peristiwa telah menunjukkan bahawa kepimpinan secara aktif membenarkan tindakan malpraktik dan kecurangan dalam pilihan raya untuk mencapai tujuan tersebut dirancang. Saya yakin bahawa setiap parti politik dengan nilai-nilai munafik dan palsu tersebut tidak akan boleh menawarkan reformasi yang bererti bagi rakyat negeri ini.


Saya telah membuat keputusan ini kerana tidak ada usaha pada bahagian dari pimpinan parti untuk mengatasi pelbagai masalah manipulasi dan amalan-amalan pilihan raya yang tidak adil, walaupun isu ini diangkat berkali-kali.


Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang telah menyokong saya dan ditempatkan iman mereka di jalan reformasi. Ini adalah kekecewaan sepenuhnya bahawa saya tidak boleh meneruskan proses pemilihan cacat. Saya tetap komited untuk menyebabkan Pembangkang dan akan terus bercakap tentang isu-isu dari orang biasa. Bersama, kita akan terus meneruskan perjuangan berterusan kami terhadap kerajaan yang lebih baik untuk rakyat.


Akhirnya, saya berharap para peminat memujanya Anwar Ibrahim akan tidak lagi menganggap saya sebagai "spoiler" berdiri di jalan perjalanan mereka ke Putrajaya. Saya berharap mereka semua terus cekal".

Ternyata tersirat nada kekecewaan dari hati Zaid sendiri kerana proses pemilihan yang partinya terdapat perkataan 'adil' ternyata tidaklah seadil yang diharapkan. Zaid sememangnya seorang pemimpin yang tegas pendirian kerana mengikut sejarah politik beliau yang lalu,beliau pernah meletakkan jawatan sebagai menteri di jabatan perdana menteri atas isu ISA. Anda boleh baca artikel berkenaan perletakkan jawatan tersebut disini . Maka tidak hairanlah kalau beliau sekali lagi keluar parti atas isu yang dianggap melanggar prinsip hidup beliau.

Oleh itu,saya menyarankan anda semua membuat sedikit kajian dan membaca dari pelbagai sumber jika melibatkan sesuatu isu yang dianggap agak kontroversi seperti isu ini kerana Zaid pendatang dari UMNO,kemudian ingin keluar PKR.Sudah tentu ramai memikirkan beliau sebagai pengacau atau tali barut UMNO namun kita seharusnya berfikir setiap apa-apa yang berlaku ada sebabnya dan apa yang berlaku menjadi sejarah dan sejarah itu adalah untuk diteladani dan dijadikan sempadan sambil difikir-fikirkan,bukan sekadar dihafal. Kesimpulannya,janganlah kita menuduh dan terus mencerca tindakan seseorang,kaji dan pelajari sesuatu daripada tindakan tersebut.

Update Terkini: Zaid telah pun mengesahkan pengunduran diri daripada PKR. Berita pengunduran boleh baca disini:

KUALA LUMPUR: Bekas ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim mengesahkan hari ini beliau akan meninggalkan parti itu.

Teka-teki mengenai pengundurannya dari parti itu terjawab bila beliau membuat penjelasan menerusi blognya (http://www.zaiduntukrakyat.com).
Dalam pos terbarunya Zaid berkata, pengundurannya dari parti akan dianggap selesai, sebaik saja beliau menyerahkan surat rasmi kepada sekretariat parti.
"Saya merujuk kepada tajuk harian The Star hari ini. Adalah benar saya akan meninggalkan parti itu tetapi saya belum menyerahkan surat pengunduran rasmi dari parti.

"Semuanya akan dijelaskan menerusi siaran akhbar Jumaat ini, 19 November ini," katanya.

Akhbar itu melaporkan bahawa Zaid, yang telah menarik diri dari bertanding untuk jawatan timbalan presiden PKR, memutuskan untuk keluar parti, atas sebab beliau tidak dapat menerima perkembangan dalam parti itu akhir-akhir ini.

Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu mengumumkan pada 8 November bahawa beliau menarik diri dari bertanding untuk jawatan timbalan presiden PKR dan meletakkan semua jawatannya dalam parti.
Zaid berkata dalam blognya bahawa kepimpinan PKR tidak berusaha mengatasi manipulasi dan penyelewengan dalam pemilihan parti yang sedang berlangsung walaupun isu berkenaan telah beberapa kali ditimbulkan.

Sehari selepas pengumuman itu, Zaid mendesak Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan naib presiden Mohamed Azmin Ali meletakkan jawatan, kerana Zaid mendakwa kedua-dua mereka adalah punca segala masalah dalam parti.

Zaid kini dipercayai berada di luar negara dan tidak dapat dihubungi untuk ulasan lanjut. - BERNAMA