Khatib mendoakan Lim Guan Eng ketika khutbah Jumaat

Posted by Tongkat Warden | | Posted on 1:24 PM

Setelah hangat diperhangat dan diisukan oleh sebahagian kecil umat Islam,Isu Khatib mendoakan Lim Guan Eng menampakkan ruang bagi musuh parti politik untuk meraih sokongan dan menyemai kebencian dikalangan penduduk Malaysia. Disamping slogan 1Malaysia yang dilaungkan, namun slogan tersebut hanyalah sekadar laungan dimulut dan papan-papan iklan semata kerana pihak yang sibuk melaungkan itulah juga yang cuba memecah-belahkan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Apakah yang didoakan oleh khatib tersebut? Khatib tersebut mendoakan agar Lim Guan Eng mendapat hidayah dan memasuki Islam. Adakah menjadi kesalahan jika kita melakukan hal sedemikian? Rasulullah sendiri pernah mendoakan orang bukan muslim agar Allah memberikan petunjuk dan hidayah kepadanya iaitu 'Amr bin Hisyam atau Abu Jahal dan Umar bin Khattab Radhiyallahu 'anhu keduanya merupakan pimpinan musyrikin Quraisy di Makkah. Doa tersebut terkandung didalam hadis dibawah:


عَنْ ابْنِ عُمَرَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اللَّهُمَّ أَعِزَّ الْإِسْلَامَ
 بِأَحَبِّ هَذَيْنِ الرَّجُلَيْنِ إِلَيْكَ بِأَبِي جَهْلٍ أَوْ بِعُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ

Dari Ibnu Umar Radhiyallahu 'anhu bahwa sesungguhnya Rasulullah shollallahu 'alaih wa sallam berdoa: "Ya Allah, muliakanlah Islam dengan sebab kecintaan dua lelaki kepadaMu, yaitu dengan sebab 'Amr bin Hisyam (Abu Jahl) atau dengan sebab 'Umar bin Khattab." (Riwayat At-Tirmidzi )

Maka tidaklah salah bagi umat Islam mengharap dan berdoa agar Allah memberikan petunjuk hidayah kepada orang bukan Muslim untuk memasuki Islam pada mana mereka itu masih lagi hidup. Maka, isu ini seharusnya dirujuk kepada Majlis fatwa dan BUKAN kepada pimpinan UMNO yang hanya melebihkan retorik politik mereka.

Dan baru2 ini,mereka telah bertindak melebihi polis dan jabatan agama Islam sendiri apabila akan menyerahkan laporan siasatan doa khutbah kepada Majlis Fatwa. Laporan yang disisasat oleh siapa?mereka atau polis atau jabatan agama? Malah siasatan oleh MAIPP juga meminta Khatib menjelaskan perkara sebenar,bukan seperti sebahagian pemimpin UMNO dan TV3 sendiri membuat tomahan dan tuduhan sendiri.

Apa yang dikhuatiri berlaku adalah perpecahan umat Islam sendiri dan peranan masjid sedikit runtuh kerana perpaduan retak dikalangan jemaah atas isu yang diperbesarkan. Biarlah polis yang menyiasat,biarlah jabatan agama yang menyelesaikan isu ini dan biarlah majlis fatwa yang meletakkan hukum kepada perkara ini.

Comments (0)

Post a Comment