Asing kelas punca kepada jenayah?

Posted by Tongkat Warden | Posted in , , | Posted on 6:01 PM

Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) baru2 ni ada keluarkan statement psl sebab pelajar2 yg xbape cerdik semakin mundur dan cenderung melakukan jenayah. antara puncanya adalah kesan p'asingan kelas. Baca berita kat bawah ni..

"JKM dapati pengasingan pelajar bijak, kurang pandai faktor kecewa
KUALA LUMPUR: Pengasingan pelajar kurang bijak ke kelas tercorot dikenal pasti antara punca kanak-kanak berumur antara 10 hingga 18 tahun terbabit jenayah. Ini disebabkan faktor pengaruh negatif rakan sekelas yang boleh mewujudkan persekitaran tidak kondusif untuk pembangunan mental mereka."



Boleh dikatakan hampir semua sekolah di Malaysia ada sistem p'asingan kelas dgn alasan spy senang nk monitor budak2 yg xbape cerdik dan bdk2 cerdik cuma perlu di p'betulkn mane yg kurg namun akibat drpd sistem ni la jgk lahirnye calon2 p'jenayah..huhuhu..rs mmg xptt pggl diorg ngn gelaran camtu tp tu la hakikatnye..ironinya,mmg kita sedia maklum yg sistem pendidikan kita belumlah semantap mane dan byk lg perkara yg perlu dip'betulkan.


Apa yg perlu dilakukan pihak b'wajib bukanlah sekadar tgk pd sistem pendidikan luar negara tp yg dicedoknye hanyalah p'kara2 yg mereka anggp mudah nk dilaksanakan. Kita perlu segera bangkit dr sistem p'didikan b'asaskan peperiksaan semata2..amatlah menyedihkan kerana anak2 dihantar cuma sekadar utk m'hafal dan cikgu pula dikerah tenaga spy m'habiskan silibus yg telah diberikan.


Dikatakan negara Finland dan canada adalah antara sistem pendidikan t'baik didunia..guru2 mereka dibayar setanding dgn peguam dan doktor!!walaipun finland merupakan negara kecil dan itulah antara sbb mengapa mereka bleh menyediakn agihan gaji yg samarata tinggi,namun kita harus byk lg belajar cara mereka mengajar pelajar mereka. 


Antara yg mereka lakukan:
1. Masuk dalam kelas xpakai kasut walaupon hakikatnye diorg selamber je pkai kasut kat umah. Diorg aggp kelas dan sekolah 1 tempt yg perlulah t'amat kondusif.


2. Cikgu2 diorg mengajar xramai pelajar..dalam beberape org je dan sbb tu lah cikgu leh fokus pd setiap org dlm kelas.


3. Mereka xperlu nak tunggu budak2 tu smpai umur darjah 6 baru leh amik exam..mcm UPSR la..agak2 dh pndai,leh je amik. jd sape yg pndai,dh leh save ms kat situ..


dan byk lg la sbbnye..kesian gak tgk bdk2 yg xbape cerdik diasingkn dan plg m'hyt ati bile cikgu yg mengajr kelas2 xcerdik pon cam nk xnk je..bkn sume la..segelintir..pe komen anda?nak kekalkan sistem ni dan lebihkan fokus pd diorg atau xperlu asing..?

Comments (0)

Post a Comment